Wednesday, October 19, 2016

181016

Lately ni aku selalu tanya pada diri sendiri, tanya pada Dia, kenapa jalan aku tak semudah orang lain? Well at least from my point of view, their way are so much easier compared mine. Dan aku akan buat sesi timbal balik pros and cons which end up the result buat aku faham, yang aku masih tak cukup baik. 

Tapi tadi, mungkin, Dia nak tunjuk dekat aku yang betapa aku antara manusia yang tak bersyukur. 

I was doing my job, documentation, checking the email. And then there was an email popped-up. Resume yang dihantar orang yang nak mintak kerja lah kan. Macamana aku boleh dapat email tu? Sebab email yang aku guna, main email untuk site office tempat aku kerja. So semua berkaitan projek, issuance, manpower etc akan masuk situ.

Aku, dengan rasa curious tekan butang read. Sepatutnya aku boleh je persetankan email tu, tapi aku curious. Mula2 tengok gambar dia letak selfie, terus aku rasa nak marah. Macam wei resume, apahal letak selfie. And then aku tengok umur, oh quite old to apply for the position. Status, single mother, I am not really suprised or shocked atau terpempan bila tengok details dalam resume, and the template itself really made me feel like why you're using this kind of template (judging so hard you know astaghfirullah). 

So, biasanya dalam resume akan ada expected salary, kan? Aku tengok dia letak expected salary, aku terkejut. For someone who have experiences (maybe cert dia cuma sampai SPM but still, EXPERIENCE>CERT IMO), dia cuma letak banyak ni je expected salary? Sangat berbeza dari expected salary aku, fresh graduate. Dan buat aku terfikir, kalau banyak ni expected salary, how much did she gain currently. Mestilah kurang daripada itu, no?

Aku terus tutup email tu. Lepastu lama jugak la, aku berfikir. Aku rasa macam aku tak layak dapat sekian sekian dimana aku tiada siapa nak tanggung, while this woman is a single mother. Aku rasa jadi macam manusia derhaka pada Tuhan, sebab suka persoalkan bab rezeki lambat, tak cukup. Aku, kena belajar. Belajar lebih bersyukur.

Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” 


Till then, selamat malam!