Wednesday, August 3, 2016

Typical

"Tipikal Melayunya kau ni......"

Apa perkara pertama yang terlintas dalam kepala kau bila orang sebut ayat ni? Kolot, tak boleh hidup takde nasi, suka kondem orang, pentingkan 'apa-orang kata', bersanding, etc. We often felt downgraded when people saying how typical you are. Being rare species like Pokemon was like a lifegoal when I was a kid. Remember the day when we wrote out biodata and describe ourself as 'rare'? Just because we hate being that mainstream kids.

Tipikal.

Perkara yang kau rasa perkara kebiasaan orang akan lakukan. Perkara yang menjadi perkara pertama terlintas bila kau sebut sesuatu perkataan.


'PPRT sangat perangai!'

Tiada adab, pengotor, golongan pendapatan kurang dari 1k sebulan, kutu embun, budak-budak pekida, etc.


'Tak sambung belajar lepas SPM?'

Bodoh, pemalas, tiada masa depan, bukan harapan mak ayah.


'Perempuan tu tinggalkan ex husband dia, demi lelaki lain?'

Jalang, tak sedar dek untung, ahli neraka, curang, nusyuz, taknak susah senang bersama.




Salah untuk letak semua sama, hanya sebab sebahagian yang jadi punca. PPRT, sebab mostly kau pergi perumahan mereka begitu perangainya. Tapi bukan semua. Tak sambung belajar, biasanya memang sebab malas. Kalau nak salahkan duit, bermacam jenis biasiswa/pinjaman ada. Tapi bukan semua. Ramai juga yang tak sambung atas kekangan kewangan & tanggungjawab. Perempuan curang, sebab lupa diri yang sudah bersuami. Gatal sana sini. Entah-entah dah lama dia bersabar dengan suami yang tak pernah ambil peduli.

Tipu lah, tipu kalau kau bukan sebahagian manusia2 ini bila bab menjatuhkan hukuman. Se-relevan mana pun pemikiran kau, perasaan terdetik untuk jadi judgemental tu mesti ada. Cuma macamana kau counter-back your own typical thought.

The only way aku ada tiap kali aku rasa nak judgemental gila babi kat orang, aku tanya diri aku apa aku akan buat kalau aku dalam situasi mereka. And after sesi timbal balik dengan segala jenis rasionalisasi (lol adeke word ni), baru aku letak hukum dekat perkara tu. Melainkan la obviously memang benda tu salah, takkan aku nak husnuzhan jugak ye dak? Tu bukan positif, tu taknak terima realiti namanya.

Misalnya orang drive nak tukar lane/ masuk simpang tapi tak reti bagi signal. Tu takyah sesi letakkan diri dalam keadaan dah, aku maki terus. Bazir je beli kereta ada signal sekali. Len kali beli kereta ala carte jela. Takde la aku sakit hati tambah dosa. Kah. Ok kesimpulan dah lari tajuk. K. Bye.