Monday, August 22, 2016

Definisi

Susah. Susah kita berbeza-beza definisi. Mungkin bila kawan kau kata dia sudah tiada duit, sengkek, wang akhirnya masih berbaki not RM50. Sedangkan kau kalau berbaki not RM5 pun kau masih bersyukur. Tapi mungkin definisi orang lain yang katanya sedang senang, berduit - dalam sakunya punya not RM5. Yang mana tadi definisi susah untuk kau. Definisi tiada duit, untuk kau.


Jadi, tak adil untuk aku, kau, mereka dan sesiapa sahaja untuk berasa marah bila orang bilang dia sedang susah, tapi kau rasa ia cukup senang. Sedangkan ada manusia lain yang sedang melihat kesusahan kau, sebagai suatu kesenangan.


Kita dibesarkan dengan persekitaran yang berbeza. Anak orang berada, yang biasanya akan diberi elaun bulanan, akan rasa sesak bila elaun bulanan mereka habis. Tapi untuk golongan marhaen macam aku, tiada istilah elaun bulanan tetap, etc. Tapi aku akan rasa sesak, bila wang yang diperuntukan untuk makan seminggu, habis. Tapi aku selalu lupa, anak golongan miskin, fakir, setiap malam sebelum tidur cuba berfikir bagaimana hendak makan keesokan harinya. Ada, ada. Tiada, tiada.


Luaskan skop pemandangan anda, bila ia melibatkan definisi. Tapi, kadang-kadang, ada manusia lain yang akan mengambil mudah kesusahan kau, bila dia rasa itu dah cukup senang bagi dia. Kenapa aku boleh survive begini-begitu, untuk hidup. Tapi kau tidak? Keperluan hidup kau, aku, dia, mereka, semua berbeza. Dont you dare to put whatever fill your plate, on other people faces. Geddit? Geddit?