Wednesday, August 3, 2016

Bridesmaid

Part time job aku sekarang jadi penasihat kepada bakal pengantin. Aku taktau semenjak bila aku dapat title ni, yang pasti sekarang orang keliling aku nak kahwin akan tanya mana nak cari kain cantik murah, make up yang okay, dewan rate standard, etc etc. Cuma semalam masa di bridal house teman sorang kawan rapat aku pilih baju, mak andam tu tanya,

'Ni adik awak ya?' *sambil refer ke arah aku*

Kawan aku sepantas kilat jawab, 'Eh taklah, ni kawan saya.'

Dan aku sepantas kilat sahut, 'Saya nampak muda kan?'

'Haah.'


HAHAHAHAHAHA. Dari mood biasa-biasa terus rasa nak belanja satu bangunan tu makan. Gila tak happy asyik orang refer aku as adik je bila dengan kawan-kawan.


Tapi balik tu aku berfikir semula. Sebenarnya diorang ingat aku adik sebab aku nampak muda, atau aku selebet sangat? Damn.