Tuesday, July 12, 2016

Meroyan

Ada sorang perempuan di account instagram aku yang aku dahulu follow (aku takkan follow account kaki selfie walaupun kawan aku sendiri) sebab dia sejenis manusia yang cool. & cantik. & semestinya aku kenal dia (kenalan bukan kawan). Namun ternyata jangkaan ku meleset sama sekali. Dah banyak kali rasanya dia post di instagram berkenaan teman lelakinya yang curang (before that note that dia sejenis sangat jarang post gambar di account instagram). Maki-maki, segala jenis carutan keluar, esoknya delete dan post gambar dating dengan teman lelaki seperti biasa. Mula-mula aku rasa lelaki tu jahat, lama-lama aku rasa perempuan ni gila. Sebab manada orang normal yang sejuta kali teman lelakinya curang, dan dia meroyan di laman sosial yang semua kenalan boleh lihat dan being judgemental, dan kemudiannya berbaik. Dah tau lelaki tu curang untuk berjuta kalinya, kenapa kau bodoh nak juga teruskan hubungan? Masalahnya bukan sekali, dua kali. Aku syak lebih sepuluh kali dah ni meroyan benda yang sama, dengan makian yang aku yang jantan ni pun susah hati baca. Terbaru, dia post gambar boyfriend (or should I said ex? Whatever) dengan perempuan entah mana, dan berkaitan curang lagi. Aku taip dalam keadaan rasa menyampah. Satu, kenapa ada perempuan bodoh macamni, yang hendakkan lelaki yang secara terang jelas dan nyata sejenis asshole. Dua, rosak watak perempuan keras kalau semua perempuan kuat meroyan begini. Mandi bunga lah sana! Tiga, kenapa, kenapa aku tak tekan butang unfollow semenjak dahulu lagi. Rosak mood aku tengok drama petang begini. Blergh.


Rugi kot muka cantik, kaki meroyan.