Thursday, June 23, 2016

And only if;

Banyak. Terlalu banyak kalau lah begini begitu, bukan macam tak jadi macamtu, the possiblity will always going to be different. Kalau lah aku mampu campakkan tiap apa fikiran aku, tiap apa kegusaran aku, paranoia, negativiti, dan segala yang meletihkan bila di umur begini, mungkin manusia sekeliling akan rasa aku tak pernah dewasa. Ada benda, yang kau layak kongsikan. Tapi most of the time, kelayakan itu harus dilapisi dengan pandangan orang, mulut kawan tadika kelas lain, teman sepak terajang, dan manusia lain. Dan kau rasa kelayakan itu cuma sampai di satu lapis, terus jadi dinding menghalang kau untuk kongsikan. Walau perkara sekecil mana pun. Kesimpulannya, kau jadi overthinking. Insecure. Rasa loser. Rasa kau tiada fungsi, atau cuma perabih tenaga, masa, duit mak ayah kau. Faham. Tak. Jadi, selamat malam.