Monday, March 14, 2016

Random rant

Jadi dewasa, sentiasa buat aku susah hati. Susah hati takmau kecikkan hati orang. Susah hati takut apa yang kita kata, jadi mengumpat. Susah hati duit tak cukup. Susah hati kalau menyusahkan parents. A lot of kind susah hati that Ive to deal with, every single day.

Bilamana aku mula susah hati berkaitan duit, aku cuba ulang ulang pada diri sendiri. Ada orang lagi susah dari kau za. Kenapa nak bandingkan life kau dgn orang yang tak perlu fikir perkara lain? Kenapa tak bandingkan dengan orang yang kais pagi makan pagi, petang entah makan entah tidak. Tiap kali, bila aku rasa penat jadi antara ratusan ribu graduan yang baru mula nak hidup. Sekurang-kurangnya aku duduk dengan parents. 

Jadi dewasa juga mengajar aku mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Keluarga, berbanding diri sendiri. Tiap perkara apa, perkara pertama yang aku letak sebagai batu aras, ibu - abah. Lepastu baru perkara-perkara penting lain. Dan kemudian, aku. Kadang-kadang rasa kelakar juga, entah sejak bila aku macamni. 

Oh dan ya, sebagai antara manusia yang cukup malas beramah mesra melainkan orang lain datang approach aku, aku dah mula jadi manusia yang suka berbual randomly dengan strangers. Instead of jadi pemerhati, aku belajar berbual dengan entah siapa siapa. Seronok juga rupanya. Inipun dikira part of growing up process ke macam mana?