Monday, February 8, 2016

Endure

I was in the mood this evening, so I asked Khalish and Irdina (my brother's daughter) do they want to play at the playground, and they nodded run happily. Rare occasion since aku ni antara makcik yang pemalas untuk sarung long sleeves tudung etc hanya demi teman diorang main di padang permainan depan rumah.

The padang itself exist since I was tadika. Daripada cuma gelongsor batu dan buaian besi dan kayu, satu hari padang tu upgrade dengan set permainan yang besar, yang selalu kau jumpa kalau pergi taman rekreasi. Dan lepastu, terus padang depan rumah aku jadi perbualan hangat kanak2 dari taman-taman sekitar sini. And you shouldnt ask why am I called burung gagak when I was in primary. Mau tak hitam kalau celik mata je terus nampak playground.

Ada satu hari, aku dengan kebiasaan kayuh basikal beramai2 dengan kawan-kawan lain nak main rounders. Aku pun tak ingat kenapa aku perlu kayuh basikal jauh2 sedangkan nak main rounders tu dekat padang depan rumah sendiri. Aku pergi rumah-ke rumah panggil orang agaknya. Well, zaman ko kena jerit assalamualaikum kuat2 depan rumah member ajak main instead of mesej/call nak jumpa dekat mana, kan.

So, aku dengan gembira - seperti hari-hari lain gembiranya belumba kayuh basikal nak ke padang. Sorry I tak bawak basikal gadis2 ada bakul di depan, aku budak-budak BMX okay. Entah tengah kayuh laju bukan main, sampai satu bahagian berpasir aku terjatuh. Jatuh-terseret lutut. Lepas jatuh, aku cepat2 naik balik kayuh kejar kawan lain yang dah jauh kat depan. Sampai padang - simpan basikal di rumah - terus main rounders. Dah puas main rounders, home-run, lari entah berapa pusing, maghrib, balik.

Baru aku perasan rupanya seluar aku koyak dekat lutut, dan lutut aku koyak, luka - nampak daging. Dan perlahan-lahan baru terasa sakit. Jalan pun terdengkot. Padahal tadi lari dekat padang tak ingat dunia takde pulak rasa sakit. Ceh. Lepastu ibu perasan kaki aku luka, ibu beleter. Sebab seluar tracksuit tu baru lagi dah koyak. Kahkakahkah, Tipikal abah, aku jatuh, aku sakit, aku yang kena marah. Dah habis marah baru suruh sapu ubat.

Sampai sekarang, parut luka tu masih ada. Parut kedua paling besar dan takkan hilang dari kaki. First parut bekas jahitan sebab kaki termasuk dalam tayar basikal masa bonceng dengan Along. Aku syak aku dengan basikal macam ada bad luck sikit. Haha.

I miss my childhood. Where my personality, my strength, terlalu jantan, sampai ibu abah terpaksa ingatkan yang aku ni perempuan. Sekarang? Still jantan, tapi separuh. Separuh lagi dah terlalu perempuan - pondan.