Friday, January 29, 2016

Stage 2

There is something about today, which happen to be not-my-normal-day.
1) Aku bercadang untuk keluar ke Kajang sekejap sahaja untuk ambil barang lepas pulang dari kerja tadi. Kononnya sejam, bertukar menjadi 3 jam yang mendebarkan.
2) Seumur hidup aku jadi orang Kajang, tadi pertama kali aku tengok Kajang banjir depan mata.
3) Tadi aku rasa berkobar buat kerja di office. Kenapa entah.
4) Percubaan pertama aku menceburi investment untuk jangka panjang dengan bank, buat aku berfikir dua tiga kali. Nervous. Nak withdraw dari investment tu, atau tidak. 
5) Aku harap esok aku boleh buat keputusan.
6) Aku rasa dewasa.
7) Pertama kali tengok banjir di Kajang tadi, jantung aku bedegup laju. Paras air Sungai Kajang sama level dengan jalan raya yang aku sedang lalu.
8) Sungai tu tiada penghadang tepi. Rasa nak menangis.
9) Masa nak melencong ke jalan lain, ada pakcik kereta dari arah bertentangan berhenti buka tingkap sebelah kereta aku, 'Sana banjir! Tak boleh masuk kena pusing!' aku rasa nak menangis lagi.
10) Rupanya pakcik tu dari arah lain. Aku menghala ke arah lain. Geram betul.
11) Esok kerja, sepatutnya aku dah tidur.
12) Esok. Kena. Buat. Keputusan. Selamat malam.