Monday, January 11, 2016

Growing Up : Version 1.

So, Khalish turning 4 this year. Sebagai pengenalan, Khalish adalah anak buah aku yang ke-3, anak pertama kakak aku. Dan disebabkan kakak tinggal sekali dengan kami, so aku menghadap Khalish tiap hari juga part timer baby sitter, kawan gaduh, kawan mengacau juga kawan menyibuk datang bilik aku bila dia rasa nak datang.



Khalish love to ask/saying something unexpected anytime anywhere. Ada sekali masa dia dengan adik dia mengamuk sebab Kakak nak keluar kejap je, so malas nak bawak diorang berdua. Aku pun guna trick ajak tengok kucing dekat bumbung bilik aku. Oh, tingkap bilik aku boleh access ke bumbung rumah directly dan situ tempat kucing jiran jiran aku melepak.

Dan waktu tu maghrib. So we stand facing the window, tunggu kucing lalu. Which is sebenarnya aku tau kucing takkan muncul waktu begitu dengan keadaan diluar dah pun gelap. But you know....to make them stop crying......

After awhile Khalish rasa pelik. He asked me,

'Acu mana kucing? Takde pun?''

'Ala dah malam la, kucing dah balik rumah tidur kot...' Aku cuba bagi jawapan paling dia boleh terima.

'Dia pergi mana?' Ya, Khalish masih tidak puas hati.

'Maghrib! Dia pergi solat kot!'

'Oh... Dia pergi surau ke Acu? Pergi solat dengan ibu dia?'

'Hmm...'

Aku taktau kenapa kucing tu perlu ke surau untuk solat maghrib dengan mak dia. Jadi aku iyakan saja  imaginasi Khalish supaya hidup aku lebih mudah.

Itu baru satu. Belum termasuk Khalish tanya aku tengah pasar malam aku pakai seluar dalam ke tak macam dia. Selagi aku tak jawab selagi tu dia ulang soalan sama. Nak nangis rasa -____-'