Sunday, December 20, 2015

Bangtan Sonyeondan; Your Truly Kpop Girl

So lately, aku dah terjebak dengan kancah K-Pop yang mana aku dapat klasifikasikan sangat teruk (sangat bukan aku). Memandangkan aku bukan seorang manusia yang mudah obses dengan sesuatu perkara kerana obses itu amat memenatkan dan memerlukan tenaga, benda ni sangat pelik dan bahaya.



Mula-mula aku terjebak dengan Big Bang, sebab lagu diorang eargasm. Juga music video. Juga kehenseman Choi Seung Hyun. Bermula dengan Loser, aku terus dengar track tiap satu daripada latest album diorang, dan kemudian berakhir dengan sesi marathon semua Variety Show yang diorang attend. So untuk selama sebulan lebih aku habiskan masa ulang track dari album diorang tak kira masa. Sebelum tidur, waktu bosan, dan tiap kali aku drive aku akan make sure aku cucuk handphone usb dekat radio kereta. Lama sikit, aku dah start rasa lagu-lagu tu tak cukup fun sebab tiap hari hadap lebih dari sekali.


So aku start curious dengan group favourite Mah (which everyday she keep convince me to listen to them and keep updating me any news walaupun aku tak faham sepatah haram), Bangtan Sonyeondan aka BTS. Dan ternyata, aku telah terbuat langkah yang salah. Aku. Dah. Ter. Jebak.


Sebab diorang menari sync gila babi tak tipu. Dan diorang dance yang manly (since diorang asalnya group hip hop bukan K-Idol yang pondan pondan ittew), full of power. So aku start checking semua practice dance version dekat studio, dan mv diorang. Lepastu aku start tengok Variety Show diorang apa semua. Masani aku masih ditahap tenang lagi.


A week after aku masih diparas normal, diorang keluar album comeback. Album comeback diorang ni ada konsep, dan lagu utama title 'Run', music video diorang buat macam short film. Short film yang terlalu banyak twist sampai aku jadi emo, curious dan fucked up. Sebab aku suka tengok movie yang twist and mindfuck, BTS berjaya buat aku melekat bersama dengan segala jenis teori bersambung dari mv 'Run', ke mv yang lain. Bila kau tengok mv diorang kau confirm akan rasa confuse macam tengok Inception. Taktau nak marah ke nak rasa puas hati. Kahkahkah. Dan backstage clip diorang forever kelakar sebab diorang tak berperangai macam K-idol yang lain. Aku berani jamin sebab aku tak pernah tengok ada artis yang tak macam artis. Rasa macam tengok kawan-kawan sekolah yang taktau malu dan tak reti nak matang.


Jadi secara kesimpulannya hidup aku sekarang dipenuhi dengan BTS. Taktau la bila nak habis fangirling trox ni sebab woi, dah tua baru nak sibuk fangirling! Tula masa sekolah engko kutuk budak meja sebelah Kpop geli la, pondan la. Kan skang dah tua bangka baru nak terjebak buruk betul rupa.

BTS Pt 2: The Most Beautiful Moment In Life