Saturday, July 18, 2015

Relationship

Dulu, masa aku masih dibangku sekolah menengah, aku selalu rasa adalah tidak baik apabila majlis pertunangan, membincangkan tentang bagaimana mahu agihkan hantaran dan cincin yang diberi semasa majlis. You know, masa sesi berbalas pantun kemudian menentukan berapa lama untuk diikat antara dua keluarga. Di hujung perbincangan pasti akan ada selitan tentang bagaimana kalau majlis tak jadi? Really wrong. In my perspective.


But, when i grow older, i started to understand the need of that part of discussion. Betullah orang kata, pertunangan ni macam sesi berkenalan dan menyesuailkan diri. Untuk membuat pertimbangan adakah pasangan kita itu sungguh jodoh kita. Dan dugaan orang bertunang ni sangat tinggi. Darah manis orang kata.


Dan, aku dah lihat betapa ramai pasangan yang memutuskan pertunangan mereka. Most of them I've seen them as a really happy lovebirds. Sedih tau, bila sudah plan begitu begini, lain jadinya. Bertunang pada aku adalah salah satu bahagian yang menunjukkan betapa bersedianya engkau untuk memulakan hidup baru. Jadi aku jadi sedih tiap kali aku dapat berita seperti ini. Ya, mungkin ada hikmahnya. Dia lebih tahu segalanya. Cuma aku mula rasa tiap kali orang memberi jawapan kepada soalan 'Kenapa putus tunang?', dan jawapannya : 'Tiada jodoh. Nak buat macamana," ada betulnya.


The right person on the wrong time. Right time with wrong person. And the match of your soulmate should be on the right time, with the right person.