Friday, June 26, 2015

Sumpahan

Semalam aku baru selesai paper terakhir aku sebagai seorang pelajar sarjana muda Kejuruteraan Awam di sini. Semester terakhir, paper terakhir, dan hari-hari terakhir yang aku sedang cuba nikmati sebaik mungkin. Yang ni, nanti cerita.


Harini, macam sejenis bala pulak jadinya. Kereta rosak dekat bazar ramadhan yang sikit punya ramai umat (dahla budak2 U aku yang ramai pulak tu). Call member yang selalu tolong bab2 kereta ni, dia tengah keluar dating pulak. Ada member lain kebetulan pergi bazaar situ, tapi diorang datang naik motor pulak. Lepastu datang untuk tolong gelakkan je pulak tu, dasar. Nasib baik ada sekumpulan jejaka  hensem baik hati tolong jump kan kereta. Segan jugak la sebenarnya sebab diorang tu classmate subjek elektif tapi tak pernah bertegur pun. Last2 diorang yang tolong hidupkan enjin kereta -.- Terima kasih banyak. Sikit lagi nak berbuka kat tepi bazaar tu T__T


Balik2 dengan penat lapar, berbuka. Beli nasi tomato. Sedap kenmain. Baru masuk suapan ketiga aku terjumpa lalat...........blergh. Nasi ayam Dilla beli dengan sambal tak masaknya, nasi Bella dengan Jie macam mentah, nasi jelantah ke apa orang panggil. Ending dia aku tak jadi makan. Makan kuih donut je 2 ketul. 


Lepastu aku baru teringat haritu masa ibu call awal ramadan ibu dah pesan.

'Jangan beli makanan bazzar sangat. hygiene tu tak terjaga. Entah bersih tidak. Masak je kat rumah' aku pun ok kan jelah sebab memang kami masak je dari first day puasa. Harini kebetulan malas dah nak fikir menu apa, so beli jelah.


Nampak tak kata-kata mak ni makbul? Ibu cakap sekali je, dan aku baru first time beli makanan berat dekat bazaar, dah kena. Derhaka lagi.


Dah nak pegi bertaubat jap.