Sunday, April 12, 2015

Jemputan

Ada classmate perempuan masa form 4 & 5 dulu baru kahwin. Nikah sudah, kenduri sahaja belum. Jadi, baru-baru ni dia buat invitation dekat fb untuk kenduri dia. Dan aku & Mah dijemput (kalau tak takde la aku cerita kat sini).

Aku// Mah.

"Weh kau still on fb tak?"

"On la. Kenapa?"

"Takdela saje nak tanya ada dapat jemputan tak?"

"Oh kenduri Britney tu ke? Asal? Nak pegi ke weh?"

"Taknak aku. Nanti masa aku kawin kena jemput dia balik. Aku dahla nak buat doa selamat je."