Wednesday, March 11, 2015

Growing Up

Ada masa kau terlalu seronok, kau tak boleh zahirkan seronok sebab kau dah besar, kena pandai kawal diri. Cuma boleh senyum dan ucap syukur, sahaja.

Ada masa kau sedih, kau nak menangis. Kau tak boleh menangis di mana kau berada, perlu cari satu sudut terpencil, atau bilik air, untuk mengelak dari pandangan mata orang lain.

Ada masa kau marah, serba tak kena. Kau tak boleh hempas barang, pecahkan pasu bunga atau apa-apa tindakan diluar kebiasaan orang dewasa. Nanti kau dikata gila dan kebudak-budakkan.

Sampai masa, gembira, sedih, geram, kecewa semua berjaya kau sorokkan. Bila kau marah? Entah. Bila kau seronok? Entah. Bila kau sedih? Entah. Perasaan tu dah takde. Hilang. Langsung. Kau jadi robot.

Dewasa, dan robot. Kau menjadi dewasa, tapi bukan lagi manusia.