Thursday, February 12, 2015

Berjumpa Tuhan

Dua sem, berturut, berita pemergian rakan-rakan yang terdekat singgah di telinga aku. Beberapa hari sebelum naik sem 7 yang lalu, pemergian rakan satu batch di UTHM, Adi. Walhal baru je study week sem 6, setiap hari sepanjang study week, kami ramai-ramai study group di library.

Sem ini, pada tarikh hari lahir aku yang ke-23, berita pemergian rakan satu oragnisasi, KKDK. Nissa. Berkaca mata, lembut bicaranya. She never made me felt like being judged. Muda setahun dari aku, tapi sangat peramah. Tiba-tiba petang tadi dapat tahu Nissa sudah 3 hari koma. Dan tadi, dia telah pergi. Aku terdiam. Sebab aku baru plan nak melawat arwah esok pagi. Tapi Allah lebih sayangkan dia.

Betullah orang kata, orang baik ni selalu Allah jemput awal. Sebab Allah sayangkan mereka. Yang aku kenal semuanya baik-baik belaka.

Kalau ditakdirkan Allah takdir nyawa kau esok, cukupkah amalan? Bekalan? Dah taubat? Berapa banyak dosa yang kau kait tiap hari? Yang kau kumpul buat koleksi? Banyak?





Selamat Hari Jadi, Azza. Makin bertambah umur. Larilah, lari. Cari Tuhan. Bukan menjauh.