Thursday, January 15, 2015

2015!

Dah masuk seminggu lebih start cuti semester. Aku taktau apa aku buat sepanjang seminggu ni. Yang pasti esok aku nak balik Johor balik dah. Orang lain sibuk baru habis exam, aku dah sibuk nak balik Johor balik........*tepuk tepuk bahu sendiri*


Sebenarnya aku ada target 2015 ni. Banyak betul target. Bukan azam, puhliz. Selain dari target habiskan degree lepastu mabok sampai pagi, aku juga hendak berjalan seantero dunia tahun ni. Ok lah takde lah seantero pun, nak berjalan lebih banyak lagi. Ya, aku perlukan sweet escape. Aku mesti jauh dari tempat ni. Aku dah lama tak rasa homesick yang please aku rela lepaskan segalanya demi pulang ke Kajang. Gituh. Duduk Johor nak homesick lebih lebih pun tak sempat. Baru nak rasa rindu Kajang tiba-tiba ada orang tanya ini-itu dah siap ke belum? Tak sempat, okay.


Aku tak rasa ada benda menarik jadi dalam hidup aku semenjak dua menjak ini. Semuanya, entah. Aku lebih pada turutkan saja apa jadi tiap hari. Tiada yang menarik. Yang penting semua cepat siap. Yang penting semua kerja aku boleh habis dengan kadar segera. I need some booster. Aku perlukan sesuatu yang menarik sebagai catalyst untuk terus hidup. Aku perlukan excitement. Offer me something could burst my adrenaline, please. I feel lame.