Monday, December 22, 2014

One step closer

Selesai ditembak mati oleh pihak panel pada perbentangan tajuk thesis siang tadi. Malam tadi lain macam aku punya nervous, bangun pagi hilang terus sebab dah kena serap masuk masa tidur, kot. Sejam sebelum giliran aku, aku masuk jenguk presenter sebelum aku. Budak rumah aku. Gila punya kena tembak pucat jugak muka dia kejap. Aku kat situ dah sumpah seranah matilah aku kejap lagi.


Dan betul, separuh mati aku kena tadi. Mujur sebelum sampai turn, aku call ibu bagi hilang cuak. Ibu senang je, 'Jangan fikir soalan apa dia nak bagi kejap lagi. Fikir nak present semua yang dah buat je. Konfiden.'. Mak aku taktau ke aku ni spesies bab presentation memang konfiden habis walaupun tak prepare, tapi yang ini, lain sikit, Sebab tiada kawan back up, yang ada diri sendiri dan ilmu dan input yang kau ada, Orang lain sesi Q & A paling pun 10 minit. Aku tadi ada lah dekat 30 minit. Padah buat tajuk yang panel pakar dalam bidang tu. Damn. Habis presentation aku maki-maki sorang panel tu sensorang.


Balik, qada' tidur.


Tersedar bangun pun sebab ibu call waktu maghrib. Angkat je talifon soalan pertama ibu, 'Dah semayang maghrib belum?.' Kahkahkah sebab suara bangun tidur haruslah jujur bilang belum. Kecewa jugak dah besar gajah pun masih perlu diingatkan supaya solat. Bila lah nak jadi muslim sejati ni woi?


Btw, aku fikir balik bagus jugak aku kena hentam gila babi dengan sorang panel ni tadi. Feeling sikit kerja nanti kena maki lagi teruk dari tadi. Kalau tak kena hentam konfirm aku tengah belagak dengan semua orang sekarang. Tapi sekarang pun aku rasa belagak sebab berjaya buat muka takde perasaan siap gelak counter back balik apa panel hentam tadi. Well.