Friday, December 19, 2014

Harta sendiri

Harini aku kelam kabut setelkan hal psm aku untuk presentation viva 1 Ahad nanti. Kau tau perasaan tidur 6 pagi bangun semula pukul 10 itupun sebab ada member kejut, Bangun, terus mandi prepare barang keluar pergi fakulti demi nak test dulu peralatan yang akan digunakan. Dahla aku baru tau akak lab geomatik yang kerek masa aku sem 5 dulu cuti bersalin. Dia dulu suka lebihkan lelaki, bila perempuan bukan main singa. Dah selamat kahwin dan beranak dah akak tu rupanya. 

Balik pada preparation aku, tak sabar rasa nak habiskan sem ini dan sem terakhir hadapan. Aku taktau perlu sedih atau gembira sebab penyiksaan aku bakal berakhir bulan Jun 2015 (kalau tak extend lah kan). Tak sabar nak jadi dewasa kemudian merungut seperti andartu yang belajar lagi seronok dari bekerja. Well sekurang kurangnya aku stress dan ada duit. Bukan stress dengan poket kosong sampai rasa nak kuis bontot kuali makan. Dahla sedang berlaku drama yang menguji kesabaran dan keimanan tiap isi rumah ini. Tinggal masa nak meletup je satu-satu. Aku tak faham betul macamana kau boleh tenang guna harta orang macam barang sendiri. Itu sejenis habit atau kau sebenarnya tak faham bahasa? 

Aku syak tempered aku makin hari makin kurang. Aku lagi banyak jadi manusia selfish dengan ayat, hidup kau, kau punya pasal lah. Malas nak masuk campur. Instead of mengamuk sebab kena hadap perangai macam gampang baik aku click web glowgaze lalu menyelusuri movie-movie yang menarik untuk ditonton. Mengisi masa aku yang sememangnya busy nak mampus ni. 

Jun 2015 aku akan post satu ayat je (again kalau tak kena extend), I SURVIVED IN ENGINEERING. CHEERS. (semoga baik baik sahaja semuanya)