Monday, October 20, 2014

Ambition

Makin dekat habis belajar, makin kerap aku tanya diri sendiri. Kau nak jadi apa lepasni?

Taktau.

Lalu Coffee Bean, aku bilang pada Mah, aku nak jadi barista. Singgah Hot & Roll, aku senyum, yang ni menarik juga. Entah. Makin besar, makin kecil cita-cita kau. Makin kau rasa asalkan aku punya pendapatan, cukup.


Atau sebenarnya aku takut letak cita-cita yang tinggi? Takut kecewakan diri sendiri dengan cita-cita tinggi ke langit, jatuh terduduk menangis tiada siapa peduli.