Thursday, June 6, 2013

Rahsia

Sampai bila.
Sampai mana.

Aku terasa, sungguh.
Aku realist, bukan perempuan kaki berangan.
Realiti, takkan nak tolak paksi, kan?

Tapi bukan dosa rasanya kalau kita, perempuan-perempuan,
Mau merasa terbang, kaki tak jejak tanah.
Perempuan, lelaki, asalkan yang namanya manusia.

Aku tak rasa salah.

Cuma bila berangan tu, jangan lupa tampar diri sekuat hati lepastu.
Sedar masa, sedar sekeliling.


Takut kalau lupa nak tampar pipi sendiri, orang lain yang tamparkan.
Maka terduduklah kau disitu, menagih perkara yang kau sendiri ciptakan.

Tak.

Tak salah.