Thursday, May 23, 2013

Salah.

"....... dan cuba tak perlu tulis besar2 / cakap kuat2 slogan "aku berani kerana aku benar" sebab hakikatnya ia sudah basi dek redundancy yakni keterlebihbiasaan digunakan sehari waima orang yang bersalah sekali pun.

kerana sesungguhnya--
kalau BENAR kita benar--
kita benar.

itu saja.

tuhan tau. apa lagi hendak?
piala?
"anugerah paling betul dalam dunia?"

diam.
biar.
redha.
tuhan kan ada."

-- Fynn Jamal.

Jadi untuk apa kau beria-ia mengaku kau paling betul di dunia. Sibuk nak canang satu dunia. Betapa kau paling betul, kau paling tak berdosa.

Kalau sungguh kau benar, terangkan. Dan diam.

Manusia lain-lain penerinamaanya. Sampai mana kau nak semua tiap satu umat percaya?
Diam.

Sebab yang Maha-Mengetahui itu, yang atas tu.

Sendiri rasa dosa, bila menipu. Sendiri fikir.

Titik.