Wednesday, May 15, 2013

Lari lari kejar masa depan

Aku rindu nak menulis panjang lebar laikabos. Tulis tulis bermacam perkara, konon paling inspired la gitu. Walhal selama ni menulis sebab aku memang secara realiti mahupun maya, banyak cakap. Kalau orang kata fakta perempuan bercakap lebih daripada 20-30 ribu patah perkataan sehari, aku kes berkecuali.



Sebab aku ada la kot 100ribu words. Power power.



Lately, ramai gila aku tengok kawan lama-baru, upload gambar tunang dekat laman sosial facebook. Aku gelak. Gelak, sebab dulu, aku tanya. Apa rasanya jadi dewasa? Apa rasanya bila umur kau dah mula menjejak ke 20-an. Ye, sekarang dah 21.


Sungguh la, tiada sekelumit pun rasa cemburu or what so ever you guys assume gatal la tu nak kawin, dengki la tu orang dah tunang nak kawin dah.

No.

Dengki dengki tiada dalam kamus hidup aku. Aku jenis cepat lupa bila orang buat jahat dengan aku. Inesen kan........


Sebab aku dah aim, paling awal pun mungkin 24. Paling lambat, 26. 27 tu kalau tak kawin lagi, aku suruh mak aku je carikan jodoh. Habih cita.

Aku tumpang gembira. Ada sorang kawan aku, yang aku rapat sangat masa form 1 sampai form 3. Rapat gila la bffffffffffff -- yang hati kering gila. Hati kering tahap lelaki duk meluat sombong sangat, kalau diberi keizinan menapak kaki kan muka dia, dah kena tapak dah, even cantik gila. Eh haruslah sombong kalau cantik ye dak, baru ada nilai.


Dan dia, antara manusia yang aku kenal, dah bertunang. Nikah tak silap, bulan Ogos? Aku curi-curi tanya je pada kawan lain, sebab kami dah tak rapat macam dulu. Kawan sendiri pun kena stalk, tsk.


*tarik nafas*



Betullah orang kata, biasanya yang hati kering ni yang kawin awal. Yang tak nampak pun nak kemana, tetiba jodoh sampai *senyum*. Biasanya yang gatal-gatal merenyam tak tentu pasal ni, samada kawin awal (sebab gatai sangat) ataupun kawin lambat. Sebab semua boypren boypren dia bukan nak ajak kawin, nak ajak gegeli je. Hahahahahahaha padan muka!



Tapi credit ah dekat Hairul, sebab dia kasi aku ayat paling sentap sekali didunia haritu.


' Dia yang dulu tak pandang pun laki, takde perasaan langsung dah bertunang dah pun. Nak kawin dah. Kau? Apa pun takdaaaa.'



Kwanghajoooooo.