Wednesday, May 22, 2013

Childhood memories

Sebenarnya dalam banyak-banyak memori, paling aku berperangai serupa puaka masa aku kecik kecik. Lingkungan tengah hyper, 4 tahun - 11 tahun. Biasa lah, budak kecik kan. Kena pulak aku ni nama je perempuan, tapi perangai macam jantan (DULU OK DULU).



Paling best sekali, jumpa balik kawan yang dalam umur kau 4-6tahun, dalam usia sekarang. Sebab memori pasal diri sendiri selalunya banyak dah lupa. Yang kau ingat biasanya cerita paling bangang ada la satu dua. Bila orang lain cerita balik baru kau ingat, dan rasa damn kejadahnye aku dedulu camni *tanam muka ke tanah*



Masa aku kekecik, aku ada sorang kawan aku ni. Noi. Noi ni jiran aku (jiran aku pesara guru, aku panggil Cikgu Mas dengan Cikgu Awal ) punya anak sedara. Disebabkan aku ni jenis muka tak malu, takde geng, setiap kali ada kenduri kawin jiran aku (anak dia ada 4 orang), wajiblah aku menyibuk. Budak kecik kan, seronok ah jumpa geng. Kena pulak aku anak last, jarak umur dengan kakak aku jauh, haruslah bawa diri sendiri.



Pastu gitu gini, habis semua anak-anak Cikgu Mas ni kawin, so dah takde kenduri. So last time aku jumpa Noi ni entah bila tak ingat, tapi kecik lagi la. Tak jumpa langsung dah.



Satu hari, zaman aku tengah belajar kat matrik, Hilmi, kawan sekolah aku, eleh perlu ke cerita Hilmi ni sape hekelehhhai sangat. Ha, Hilmi ni cerita la dia ada kawan sekolah lama dia blablabla pastu Hilmi ajak lepak sama. Aku pun, oh okay. Keluar lepak, cuma aku tak bercakap pun dengan budak perempuan tu. Yelah, dia pun senyap je kan. So buat hal memasing ah.



Lama sikit lepastu, setelah aku melalui hidup seperti biasa makan minum bercinta yang tidak kesampaian patah hati dan sebagainya, entah macamana tetiba Hilmi cakap budak perempuan yang haritu kitorang lepak sama tu, mengaku kenal aku.



What?

(part yang ni aku kurang jelas sikit sebab aku tiada disitu)


Sebab masa Hilmi dengan Mirul lepak dengan dia, diorang duk sebut sebut Nana, Nana (Nana tu nama panggilan aku kat rumah = family je panggil). Dia tanya, Nana? Dia duduk mana?


Taman Mesra.


Nana tu jiran dengan Cikgu Mas ke? dia tanya lagi.



Tu yang lepastu Hilmi dengan Mirul laju laju tanya aku tu. Betul ke jiran aku Cikgu Mas?

Betul lah.


Dari situlah baru dia tau, aku tau, yang kitorang ni kawan masa kekecik. Dialah Noi, puaka yang selalu aku cari tiap kali ada kenduri dekat rumah  Cikgu Mas. Sebab anak-anak buah Cikgu Mas ramai jantan, so dia jelah geng aku. Ada jugak sedara perempuan, cuma diorang gadis sangat nak kawan dengan aku. Noi ni jela perangai macam aku, perempuan, bukan lelaki.

Sumpah lawak gila sebab masa dalam kereta Hilmi, dedua senyap tak kenal. Serius tak kenal. Agak agak kalau si mangkuk dua orang tak bising bising pasal nama aku dekat rumah, sampai kesudah kitorang tak cam sesama sendiri.



Kenapa? Kenapa tetiba aku nak cerita pasal Noi ni. Sebab tadi dia buat perangai jilake kantoikan segala perangai masa aku kekecik dulu dekat twitter. Dengan dia selalu kena buli dengan aku, pakai baju gedang seluar pendek -- main dengan budak laki je, sebab perempuan lembik sikit sikit nak nangis. Kalau nak cari aku tengahari je, sebab pepagi aku takkan bangun. Ha rebut buaian sampai kazen dia nangis. Banyak la lagi yang aku sendiri dah lupa, dia pergi korek. Perangai macam lahahahahahabau. Hahahaha. Benci aku.


Good old times doh to met you again Noi. Serius. Tapi celaka sikit la rasa dia, sebab Nana yang dulu dah tak macam Nana yang sekarang. Nana yang sekarang dah reti pakai skirt (dan aku asik dibahan pasal ni je -..-). Nana yang sekarang dah tak kasaq sangat macam dulu. Nana yang sekarang, dah macam budak-budak perempuan yang dulu dia sendiri tak suka, mengada-ngada. Nana yang sekarang dah reti malu dulu ya ampun muka setebal tembok China. Nana yang sekarang dah pandai mengalah, rela dibuli. Nana yang sekarang dah tak reti panjat tiang buaian semata-mata nak tunjuk terer.



Boleh tahan geli jugaklah Nana yang sekarang. Teringin jugak aku sifat-sifat jantan itu dahulu. Takdelah kena buli......... Ok lah tipu. sekarang pun orang tak berani buli aku what lulz.


Dahlah, aku nak tido. Tido dengan senyuman. Ni belum keluar cerita dari Fariz lagi ni. Fariz punya cerita lagi lahahahahabau 'Nana tu dulu hehari aku main ronders dengan polis sentri dengan dia!' bak kata dia ke Hilmi. Entah apa malang sangat kawan baik aku yang sekarang boleh kenal dengan kawan childhood aku entah. Habis kantoi semua benda tekanan aku kena bahan -___________-


Selamat malam.