Friday, May 24, 2013

Ambition.

Apahal minggu ni aku rajin beno update blog ni? Aku pun taktau. Tapi aku rasa nak tulis ni, sebab aku baru baca blog Amin pasal tu lah, tu. Antara cita-cita dengan jalan yang kau ada sekarang. Dahla jalan cerita lebih kurang. Rasa macam kena jentik pulak dahi masa baca tadi.


Dari kecik lagi, aku suka melukis. Aku, dengan Along, dua-dua pandai melukis. Melukis tu entah turun dari siapa entah tangan? Abah la kot. Setau aku ibu taktau melukis. Angah dengan Kakak, paling fail melukis. Sebab seingat aku masa sekolah dulu, apa-apa kerja Pendidikan Seni mesti Along jadi mangsa diorang. 


Bila abah tanya, dah besar nak jadi apa? Aku cakap pelukis. Abah, tak marah. Tapi dia tak setuju. Kau nak makan apa kalau jadi pelukis? Cliche gila dialog tu kan. Arkitek, boleh la. Abah kata arkitek ok, tapi dia nak aku jadi doktor. 

Aku taktau apesal mak ayah ni kalau boleh mesti nak anak dia jadi doktor, serius tak paham. Sebab aku ni boleh tahan manja, aku ikutkan jela. Asal cerita pasal cita-cita je mesti aku cakap doktor. Walhal tu cita-cita yang abah cadangkan kat aku. Cita-cita doktor ni aku pegang, sampailah naik form 1. Aku taktau apa aku nak dah masatu.

Dah lama-lama, sampai la masa form 3. Masatu aku sekolah asrama. Isi borang untuk asrama penuh tak silap. Pilihan dia ada sains tulen, sains agama, sains lukisan. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku tau kewujudan sains lukisan. Serius aku jadi excited gila. 

Aku tanya cikgu aku, sains lukisan tu macamana? Ada subjek lukisan kejuruteraan lah. Oh....

Masatu rasa macam shining shining gila dunia sebab wujud lagi benda yang aku minat, lukisan.


Cut la cerita pasal aku masuk asrama penuh lepastu menangis melalak sebab asrama tu macam lame gila (alasan padahal) even masatu aku dah dalam aliran sains lukisan dah pun. Keluar, aku sekolah dekat SMK Saujana Impian, ambil kos yang sama. 

Abah taktau pun memula aku ambik LK, bukan Biologi. Abah suruh ambik Bahasa Arab Tinggi pun aku tak ambik. Punyala rebel perangai masatu.....menyesal sikit sebab tak ambik BAT tu. Tak ambik Bio tu aku tak pernah menyesal. Sebab aku tak suka subjek menghafal. Hahahaha


Habis sekolah dengan konon-konon cita-cita nak jadi arkitek tu menghampiri. Malangnya result SPM aku kelaut, so nak dapat asasi archi memang tak lah. Masuk matrik. Ambik Sains Fizik. 


Masa kat matrik memang aku dah aim gegila, degree mesti architecture! MESTI. Tapi sebab result sem 1 aku..........kelaut lagi seperti SPM, bila campur dgn sem 2 yang bolehla perform lah jugak, still tak layak untuk archi. Abah pulak masani dah memang tau aku takkan jadi doktor (doktor apa belajar pun kemana) abah suruh mintak engineering. Dia taknak aku ambik archi sebenarnya. 


Serius masatu aku rasa macam eeee, kenapa? Aku taknak engin. Itu last choice dalam hidup. Masa apply UPU untuk degree, aku apply engin ni bawah2..... hahahaha. Aku konon letak la jugak subjek psikolgi apetah, sebab aku rasa boleh pergi dengan kos tu. Abah tak benarkan. So aku tukar choice, masa Fasa 2. Dan aku dah cakap kat abah, kalau Nana tak dapat Engin ni bah, Nana nak ambik archi. Tak kisah la kat mana-mana. Abah cakap ok, kalau tak dapat abah hantar ambik archi dekat Unhas ke mana tah aku tak ingat.



Bila result keluar, aku dapat kos Civil Engineering. Abah punyalah seronok sebab dia memang nak sangat aku ambik Civil. Masani aku dah redha. Tapi frust jugak, sebab aku kena ambik kos yang aku pernah janji, pilihan terakhir. 

Lama jugak nak adapt dengan kos ni. Sem 1 memang aku perform, tapi hati aku punyalah rasa tak best. Hari-hari aku bagitau Mah yang aku still tak boleh terima. Aku rasa aku terpaksa. Serius terpaksa. Sampai la naik sem2, aku dah boleh terima kot. Dah adaprt dengan subjek-subjek dia. 



Harini. Aku dah hujung sem 4. Kos Civil Engineering. Im proud of myself, sebab berjaya tempuh dah masuk 2 tahun. Power jugak aku ni hahahaha. Rasa jealous dengan budak kos archi macam masa sem 1 dulu pun dah takde, cuma seronok la tengok diorang design itu ini. Tapi kos aku best jugak apa, sebab relate dengan sekeliling. Dari bangunan, ke sungai, ke pokok, semua lah. Setakat ni aku takde major lagi, final year nanti baru pilih.


Kos ni, tough. Tough la pada aku yang pemalas ni. Semua benda nak ambil kira, semua. Final project banyak, final paper pun banyak. Tests, assignments, lab, report. Aku pun taktau apa je yang tak banyak. Orang lain final project banyak, final paper tak banyak. Ni tak, sama je aku tengok -_____-''


Cuma tulah, aku selalu rasa yang aku end up takkan jadi seorang engineer. Hahahaha apesal entah. Aku rasa nanti kerja, aku dalam bidang lain. Yang aku tak dapat figure out lagi sampai sekarang. Aku seronok je belajar sekarang. Walaupun hari-hari tendang dinding sampai belubang sebab muak kena stadi semua benda. Aku enjoy jugak, sebenarnya. Hehehe. 


Aku akhiri entri ini dengan ucapan memintak la sem 4 aku result tak teruk dah. Letih oi frust dengan diri sendiri walhal sendiri tak struggle habis habisan! Puiiii