Saturday, February 16, 2013

Aku tampal senyuman seperti biasa. Walau hakikatnya rasa bersalah menghimpit dada. Rasa berdosa. Maaf. Kalaulah cuma sehari kau mampu bertukar roh dengan aku, mungkin baru kau tahu betapa rasa bersalahnya aku pada kau. Tak terluah dek kata. Aku tak boleh teka jiwa kau, mungkin ya kau bilang, semuanya baik sahaja, aku terima. Tapi tak, entah sampai bila aku mampu lupuskan rasa prasangka, lupuskan rasa yang aku rasa engkau rasa. Maaf. Aku taktau rasa maaf ini sampai ke jiwa kau atau tidak, tapi sungguh, maaf atas segala celaka yang aku sungguh, di luar sedar, berikan pada kau.





Aku kecewa dengan diri sendiri. Sebab aku buat orang yang aku sayang rasa, apa yang paling aku taknak rasa. Kecewa.