Thursday, December 13, 2012

End of 2012



Kalau kau tekan butang older post dibawah, tak sampai 3 kali tekan, kau dah jumpa entri aku bakal hadap final exam semester 2. How time flies? Sekarang aku dah dihujung sem 3. Minggu depan study week. Am i growing older? Muka semakin hitam, tangan rentung, tak lupa juga badan seperti orang tua tak cukup kalsium. 3 minggu sungguh-sungguh sibuk. Harusnya dulu aku pilih kursus yang lebih gadis-gadis. Kosmetik ke, menjahit ke. Penat bawah teduh bumbung paling-paling tiada kipas je. Ini.....tiap minggu entah berapa kali berdiri bawah terik mentari dari pagi ke petang. Berpinar kepala....gelap aku, bertambah gelap.


Entah sejuta kali juga aku bilang, blog bakal terkubur. Tak jugak, sebab aku rasa ia lebih pada sayang, sentimental value, ya memori. Yang paling bodoh aku pernah buat, padam entri-entri berkait lama. Patut save as draft je. Memori kot. Konon nak hapus rasa hahahahahaktui poyo lebih. Pegang je pada "How time flies, and all those old feeling will fade away." Beri masa pada diri sendiri, dan mungkin menghapus entri itu langkah-langkah sampingan dalam pada masa berlari meninggalkan kenangan. Dah sudah, apa aku merepek ni?


Tak lupa juga seribu tahun tidak pulang ke Kajang tercinta. Jadi apa rasanya? Rindu gila! Next week memang, wajib, pulang. Tak bau Kajang dekat sebulan, boleh jatuh hukum dosa dah ni. Kemain. Cuma pulang selepas-selepas ni tak se'excited' sebelum ni where most of my favourite sapien didnt at the hometown anymore. My lovely baby Rahmadana Islam, Trasher, pondans (which Hilmi excluded sebab dia setia di Kajang), siapa lagi siapa?! Lepasni balik sebab rindu Khalish je...sebab Abah suka sogokkan aku dengan foto-foto dengan bermacam muka. Acu misses you :'/


Jadi, itu sahaja. Entri panjang sedikit. Sikit jela muehehe bye.