Sunday, October 7, 2012

Update semasa

Lately, aku selalu terfikir. Dengan tiap keputusan yang aku buat, aku tanya diri aku balik,

Betul ke apa aku buat ni? Ke salah? Menyesal tak nanti? Orang lain macamana?

Semua. Semua perkara aku persoalkan soalan di atas. Aku pertimbangkan jawapan si hati, si akal, si nafsu. Entah ketiganya mesti memberi jawapan yang berbeza. Kalau aku bernasib baik, si hati dan akal beri jawapan yang sama, tapi nafsu lari sama sekali. To pleasure everyone, is really not me. I meant i cant do that.


Jujurnya, aku punya sisi gelap, yang yakni tak semua manusia di sekeliling mampu bertahan dengan itu. Tapi aku merayu, ye sampai tahap merayu ni. Kalau sisi gelap aku itu buat kau dan kau rasa tidak selesa, sisi gelap aku itu buat kau rasa menyampah tengok muka, sisi gelap itu buat kau rasa aku celaka, tolong, beritahu aku secara halus. Kalau tak berkesan, dipersilakan secara kasar. Sebab aku bukan bersifat sempurna. Aku benci bila rasa ada yang tak kena, kau berkias tanpa nama. Berkias yang aku sendiri taktau, apa dan mana puncanya. Ya aku dapat rasa. Aku tak suka. Siapa suka. Kan?


Sebelum swing mood aku ni on, aku rasa baik kita tutup entri ini dengan tasbih kafarah, dan surah Al Asr.