Monday, October 22, 2012

True story, bro

Sebab jarang sekali semangat hendak mengapdet entri ni datang, jadi aku laju-laju tekan new post supaya semangat tu tidak pudar. Tapi apa kata aku mandi dulu, baru sambung menulis. Ok?



Ok dah mandi mari sambung (perlu ke bagitau dah mandi semua ni perlu keeeee zaaaaa)




#1- Hidup jangan menyusahkan orang - Abah. Every single time he quote me the same phrase.

Abah -- manusia paling memberi kesan dalam hidup aku sebagai seorang manusia. Ya, ibu memang sentiasa pertama. Ibu penenang hati. Tapi abah -- manusia tegas yang apa salahnya aku, ditegur. Apa jahatnya aku, dimarah, dirotan. Apa buruknya aku, diberitahu. Salah silapnya aku dalam memilih jalan -- Abah. Penunjuk jalan, walau aku sentiasa memilih untuk menentang apa yang dibilang.

Nana, dah besar jadi doktor ya.
Aku kata tak, Nana nak jadi pelukis.

Nana, masuk sekolah asrama penuh ya.
Seminggu selepas itu, mereka datang melawat, aku menangis bersungguh-sungguh mau keluar dari situ. Aku pilih sekolah harian.

Nana, ambil biologi dan bahasa arab, ya.
Aku ambil jurusan sains lukisan. Aku pura-pura lupa kewujudan subjek Bahasa Arab Tinggi di sekolah itu.

Ada 2 3 yang aku soal semula -- apa akan jadi kalau aku ikut tiap apa yang Abah kata? Menyesal kadang-kadang. Tapi secara total, tak menyesal. Sekurang-kurangnya aku belajar untuk membuat keputusan sendiri. Sepanjang keputusan-keputusan yang aku ambil untuk tidak mengikut arus yang Abah cuba tunjukkan, memang banyak aku menyusahkan orang. Sebab tu Abah selalu bilang -- hidup jangan menyusahkan orang.







#2- No matter how someone loves you, or likes you, you shouldnt take them for granted - Unknown.

Macamni lah. Kau ada dua biji gula-gula. Gula-gula tu kau yang punya. Tapi kau suka pada seorang hamba Allah tu. Sebab kau suka sangat pada dia -- kau beri satu gula-gula tu pada dia. Walhal itu hak kau, tapi kau beri satu pada dia, tanda betapa kau sungguh-sungguh. Lepastu hamba Allah tu mintak lagi satu gula-gula -- baki yang kau ada. Kau ada hak untuk kata tidak. Dia tiada hak untuk terasa bila kau kata tidak. Sebab itu kau punya. Bukan dia. Dan kalau kau bodoh -- kau beri baki yang kau punya tadi. Yang mana akhirnya, kau sendiri tidak punya apa-apa lagi. Macamtu?

Ambil kesempatan -- friends for benefits -- semua nya sama sahaja taraf kejinya. Jangan berselindung di sebalik semua sifat mahmudah kau. Kononnya. Di belakangnya kau di keji -- dimaki -- dibenci. Seronok? Kalau seronok, teruskan.









#3- What goes around comes around. Karma will hit you back. - Most of people on timeline.

Whaaaaaaat? Supposed to be aku percaya dengan benda ni. Karma. Tapi -- aku Islam. Karma tu hinduism isnt? Or am I wrong? Bukan karma. Kau kena percaya takdir la.

Begini, bila kau buat keputusan untuk buat begitu - begini pada orang lain, fikir semula. Kalau orang buat begini - begitu dekat aku, mahu? Rasa dihargai? Tak. Seonok? Tak. Kalau semua jawapan dia tak, tak seronok, maka jangan. Sebab semuanya terletak di tangan sendiri. Jangan gunakan alasan -- Aku tak sengaja. Aku tak berniat pun. -- Jangan. Ia valid untuk pertama kali sahaja, masuk kedua kali dan ketiga empat lima enam dan seterusnya, kau dah ada rupa manusia dayus.

Percaya buat jahat - dosa. Buat baik - pahala. Buat jahat -- Tuhan benci. Buat baik -- Tuhan sayang. Mudah.

Kalau semua manusia mampu kuncikan perkara ni dalam fikiran, dalam hati. Amanlah dunia. Macam bosan pulak......eh.





















Within the choice, you choose. Xx