Monday, August 6, 2012

Question of the day


1 text message received - Mah Yayang.

"Diorang memang taknak kawan dengan kita dah eh?"

Aku diam kejap. Taktau nak reply apa. Aku tekan butang reply,

"Maybe kot. Entah. Tapi yang dia memang confirm taknak kawan kita dah."

Sent. 

Sungguh aku reply dalam keadaan 'lantak lah aku malas nak fikir dah, penat.'

Mesej masuk,

"Bukan, aku cuma rasa diorang memang taknak kawan kita dah. Aku dah rasa jauh sangat dengan diorang."

Aku baca, automatik air mata aku jatuh. Kenapa entah aku sedih sangat. Sebab secara hakikatnya, hati aku mengiyakan perkara tu. Walaupun aku taknak 'iya'kan. Pernah tak kau rasa hilang tempat kutuk-mengutuk, tempat cerita benda bodoh, tempat mengadu perkara kecik, pernah? Pernah rasa bila kau pulang ke rumah, manusia yang kau ingin jumpa ialah mereka, selepas keluarga, pernah?

Aku tak pernah rasa jauh macamni dengan korang. Sungguh tak pernah.