Friday, August 10, 2012

Drama


Sesuatu yang aku rasa aku sangat-sangat bertuah, hidup aku tak berapa nak drama sangat. Berbanding dengan kawan sekeliling aku, kawan-kawan yang rapat dengan aku, masing-masing punya cerita hidup yang...drama gila. Macam drama Melayu kat tv3 tu. Well actually drama tu pun cedok dari real life kan hihohiho cuma kita memang guna term 'dramanya hidup kau' untuk menggambarkan betapa komplikatednya sesuatu situasi itu.


Tu belum lagi aku guna term 'sinetron gila hidup kau'! Memang sampai ke sudah la boypren dah mati pastu tetiba ada muka iras pastu jatuh cinta malangnya tak sama kemudian datang orang ketiga yang benar-benar tulus menyayangi tapi tak mampu jugak nak suka lalu pilih untuk membawa diri terjumpa semula dengan boypren lama yang disangka mati rupanya tidak pastu pusing2 la plot cerita tu tambah sikit dengan kehadiran perempuan jahat yang cuba rampas boypren beserta mak tiri yang inginkan harta bapanya last-last semuanya mimpi semata-mata. Klaka tau.


Sinetron punya pasal je dah panjang begitu sekali haktuiii.


Setakat ni la, kawan yang aku rapat gila, aku tau kisah cinta diorang, yang aku sungguh-sungguh percaya lelaki tu sayang dekat diorang, mesti kronik gila bila time break up. Cerita dia wa cakap sama lu pehh aku emosi gila dengar kalau kena mau aku tikam sensorang yang buat camtu kat aku. Haaa drama gila kan? Alhamdulillah la setakat ni aku tak pernah kena apa-apa yang dasyat, eleh boypren pun tak pernah ada camne nak rasa kisah cinta dasyat........ok abaikan.


Tapi tulah, wallahu'alam la kan kot satu hari nanti aku terkena. People do change, sesuatu yang kita tak mampu nak halang. Bak kata aku sendiri (tahpape quote diri sendiri) 'Orang kalau dah tak sudi, buat apa kita nak terhegeh kan?' Cemtuwww. Aku doa sangat jangan la aku kena tipu dengan orang yang aku sayang. Sebab pada aku kepercayaan, ibarat sehelai tisu. Nipis, kau cuma perlu cuit sedikit je dengan pensel tumpul, ia akan koyak. Koyak, tak mungkin dapat sambung balik. So sila jaga tisu tu elok-elok even ketika nak lap hingus. Jangan lupa buang ke tong sampah lepastu.



Sebenanya ada niat nak cerita pasal 'drama' hidup sorang kawan ni, nak tunjuk betapa jahatnya manusia boleh jadi demi nak dapatkan apa yang dia nak. Dan betapa tebalnya topeng yang diguna demi menutup segala kejahatan. Tapi takpelah, biar benda tu berakhir antara kita-kita je. Betambah pulak dosa ai kang ceita kat sini nyihihi :3


Penutup kata terimalah...












BENANAH MATA CEPAT.