Thursday, May 17, 2012

Pilih jalan

Pilihan apa yang kau ada dalam menentukan hari-hari yang bakal kau jalani pada masa akan datang? Banyak, terlalu banyak. Cuma biasanya kita tersangkut diantara dua jalan. Yang satunya berliku begini, yang satu laginya lurus berduri.

Jadi kau pilih yang mana?
Kerana keduanya punya kekurangan dan kepayahan yang berbeza. Kesenangan yang menjadi perhiasan sepanjang jalan juga datang dalam bentuk berlainan. Mungkin kau kurang penat, banyak masa terluang, modal sedikit dan bermacam lagi.


Kalau aku, aku pilih yang mana aku rasa aku seronok lakukan. Bila seronok, payah manapun aku tetap ada hati ingin teruskan. Aku takut kalau yang senang itu, bila tiba masanya sukar sedikit, pelbagai kata maki dan nista aku hambur. Hingga tiada pahala bila ia membuahkan hasil. Cuma satu 'kerja' yang berjaya siap sepenuhnya, tanpa jiwa dan roh.


Jalan apa yang aku sedang katakan ini? 'Kerja' apa yang aku maksudkan ini? Meluas. Semua perkara yang perlu kau buat pilihan, semuaagenda yang perlu kau buat keputusan, mana satu yang lebih berbaloi untuk diri sendiri.