Sunday, April 1, 2012

Tukang hakim

duduk di suatu sudut, di tempat awam yang dihinggapi pelbagai manusia,
bersama kawan gila-gila gelak serupa syaitan, riuh rendah yang tertumpu pada sekeliling sudut tersebut,
bersama kawan-kawan yang 90% daripadanya lelaki, bergurau senda, maki hamun.
asap rokok yang menguasai atmosfera berbanding oksigen.

kalau aku si pemerhati ;
mana pergi nilai gadis melayu kau dan kau? percubaan menunjuk yang kau cukup hebat berkawan dengan lelaki kah? atau kau rasa teman perempuan yang feminin itu tidak sesuai dengan jiwa engkau? kemana batas pergaulan kau?

kalau aku yang diperhati ;
persetankan pandangan tajam dari mata-mata yang lain. mereka temanku, aku punya kawan tidak mengenal jantina. dan aku rasa tiada salahnya perempuan secara minoriti lepak bersama lelaki, majoriti. aku tahu batasan aku dan mereka.




jujurnya, aku selalu menjadi yang memerhati, juga yang diperhati. dan tiap kali aku menjadi si pemerhati, aku akan mulakan dengan andaian negatif aku, disusuli dengan kesedaran, bagaimana agaknya bila aku yang menjadi yang diperhati tadi? lantas yang negatif itu beransur-ansur hilang.


kita, sentiasa menghakimi walaupun kita tahu, kita benci dihakimi.