Thursday, April 5, 2012

Hidup

Aku dah bilang bukan, aku suka memerhati.

Dan aku mudah simpati.

Kehidupan di Batu Pahat setakat satu semester dan setengah, mengajar aku untuk berfikir semula, merenung semula, muhasabah diri tanpa sedar. Sebab disana aku tiada kenderaan sendiri motor mahupun kereta, bukan seperti disini, kemana sahaja punya teman yang mampu bawa kesana kemari. Mahu kemana sahaja punya abah yang sudi melayan karenah anak bongsunya ini.

Jadi apa sahaja yang ada? Kenderaan awam. Bas. Ya, bas.

Bas disana tidak sama seperti Rapid KL yang pada aku cukup cukup selesa. Cuma ada Johore Motor, dan Causeway Link. Dan ada lagi satu aku lupa namanya. Selesa, cuma kurang dari banyak sudut. Kalau mahu menipu bayar tambang pun boleh, sebab harga tambang cuma perlu dicampak ke dalam satu kotak besi yang aku anggapkan sebagai tabung besar, nah, tiket diberi. Pemandu tak tanya berapa yang kau masukkan ke dalam bekas tersebut. Yang pasti sekali masuk, tiada pulangan. Jadi perlu sediakan tambang cukup-cukup.


Jadi setakat entah berapa puluh kali aku menggunakan bas disana, bermacam jenis manusia aku jumpa. Yang aku tidak jumpa disini, Kajang. Mungkin kerana aku sudah lama tidak menaiki bas disini, mungkin.

Pakcik tua yang aku boleh katakan uzur seuzurnya, jalannya membongkok, berbaju batik dan bersongkok, menaiki bas, entah hendak kemana. Aku jadi simpati. Perempuan cina, yang tarafnya auntie, yang duduk di sebelah aku, ramah sungguh. Tapi aku layankan sahaja dengan pelbagai ceritanya. Pasal adiknya, pasal kerjanya yang umpama tiada cuti. Dan sebelum dia turun di destinasinya, dia sempat menyuruh aku belajar bersungguh-sungguh. Aku cuma tersenyum. Seronok kerana ada manusia entah dari mana ingatkan aku supaya belajar bersungguh-sungguh, seperti dia sebahagian dari keluarga. Dan paling banyak aku jumpa, mat-mat bangla, myanmar, indon dan pekerja asing yang kadang-kadang buat aku rasa bukan di negara sendiri. Macam pergi bercuti :B hahaha. Aku rimas, dalam masa yang sama aku terfikir lagi. Gigihnya mereka hingga kesini demi mencari rezeki. Bila aku lontarkan pandangan ke jalan yang sedang dibina, gigihnya mereka bekerja dengan terik mentari. Aku? Berjalan sedikit menempuh panas untuk menimba ilmu pun bukan main merungut, macam tuan puteri.


Sebenarnya banyak lagi yang aku jumpa. Banyak lagi aku fikirkan tiap kali menumpang bas-bas di sana, kena pulak bas bukan berhawa dingin, bisingnya bukan main, nak bercakap dengan kawan sebelah pun...... Rasanya lebih baik kunci mulut. Dan masa mengunci mulut itulah otak ligat memerhati, berbual dengan diri sendiri.


Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan, sayangkan suami leter leterkan, sayangkan diri sendiri? Fikir-fikirkan.


Sukahati akulah nak buat pantun baru.