Friday, April 27, 2012

Girlfriend rules


Since every girls have their girl-bestfriend forevah, there is some rules that i think that girls should alert to become greatesttt sweetest girlfiend's. Few things do's and dont. Tapi rasanya macam nak cakap pasal dont. Sebab do's ni macam different people loves different thing kan? So takleh nak specific kan. Kalau dont ni benda buruk, siapa suka benda keji ni kan? So senang nak point out specificly.


 Here we go!


1. RULES NUMBER ONE EVER, NEVER FALLING FOR/CRUSH ON AND EVEN WORST HAVING A RELATIONSHIP WITH YOUR GIRLFRIEND'S CRUSH/EX-BOYFRIEND.

Nampak tak betapa seriusnya perkara ini hingga aku kepslok? It's a big no paham tak. Kalau pun taste anda dengan kawan baik tu sama, tersuka orang yang sama, as a good friend, just back off. Lain la kalau kau dalam kelas pastu ada student baru pastu 'Weh comel do budak tu ee sukanya tgk dia eee nak crush kat dia ah!' kawan baik kau pun ' Haah la comel do macam Justin Beiber campur Gun Jun Pyo awww.', mungkin boleh consider lah kot.

Sebab dari awal lagi dah tau sama2 suka tengok kecomelan mat jambu terbabit. Tapi kalau kau dah tau kawan kau kaw2 punya suka dekat si polan, pastu kau pun hehari teman kawan kau usha si polan, kau jadi tersuka pulak. TER eh. Tang ni kena fikir balik. Sebab keji k dah tau kawan baik separuh gila dekat si polan, kau ngengada nak tersuka bagai. Kalau ye dah tersuka, cepat cepat padamkan rasa suka tu. Not good for your sisterhood relationship.

Dan situasi paling keji, having affair with your girlfriend boyfriend's. Ini kalau bukan kawan baik kau punya boypren pun, still kurang ajar. Kenapa? Sebab pesen tak paham bahasa. Dan having affair dgn ex-boyfriend your girlfriend. Well hello, dia dah clash dengan mamat tu, mesti lah dia benci mamat tu. Takpun still suka lagi ex dia. Menipu sangat lepas break, terus ok macam stranger, macam kawan yang tak pernah ada pape. Pastu boleh pulak kau pegi sambungkan silaturrahim dengan bercinta dengan ex kawan kau? Haih tak paham aku.




2. Kalau cantik, cakap cantik. Kalau buruk, cakap 'Cantik! Tapi macam pelik sikit dengan kau. Tapi ok je. Tapi kalau kau ambil yang lain lagi better kot'.

Gituuuu. Maksudnya, jangan cakap 'BUROK DOH TASTE APA KAU NI!'. Ok kawan paling tak guna kalau cakap lepas cenggitu. Lain la kau mmg mulut lepas. Ah tapi tetap, jahat do. Biala dia takde taste pun, janji nampak just nice dekat dia, ok letu. Nak ikut taste kau sangat pun takleh. Kot pada dia taste kau buruk ke mana tau? So kalau tak sesuai, cakap berlapik sikit. Lain la kawan baik kau pesen jiwa kental gurau kasar pun tadahal. Dah kalau hati suci bak sabun murni tak ke terasa dia kau kata dia punya taste burok. Jaga mulut, jaga hati, jaga hubungan *senyum ustazah*




3. Be a good supporter. Be a good listener. Be a good adviser. TAPI, bukan jadi penasihat paling tak logik didunia.

Bila dia ada masalah, dengar. Bagi support walaupun secara relevannya dia yang salah. Nasihat pulak, bukan terus serang ' Kau memang bodoh aku dah cakap dah jangan tapi kau nak gak padan muka!'. Nak guna ayat ni boleh, bila dia ulang kesalahan tu untuk ke 28kalinya. Sikit-sikit. Memula point out apa punca masalah tu, pastu cakap la macam 'Ala kau takde niat pun kan nak buat camtu..?' 'Ala kau sendiri taktau kan akan jadi camni..' Pastu dia dah ok sikit, baru la ke step seterusnya. 'Tapi kau pun salah jugak la, sikit. Sebab...' 'Mungkin kau silap langkah kot tu jadi camni kan...'. Nampak tak? Tapi jangan pulak kasi idea tak bernas.

Contohnya kawan kau break sebab laki tu kaki pukul manja manja pastu penerajang. Pastu kau boleh pulak keluarkan statement, LELAKI SEMUA SAMA! Memang la lelaki semua sama. Perempuan pun semua sama jugak. Yang tak sama tu tang hati, perangai. Jangan nak quote bebukan seperti AKU MAMPU HIDUP TANPA LAKI. Ye, tapi japg kau tak kawin dah tua siapa nak teman kau? LELAKI SEMUA TAK GUNA. Dah semua lelaki tak guna, pegi cari dunia yang semua perempuan je wujud takde laki. Tengok jadi apa -___-'



4. Pinjam boleh, mintak izin. Pinjam boleh, tapi jangan buat macam kau punya. Pinjam boleh, jangan buat harta.

Aku rasa ni semorang tak suka. Aku rasa la. Taktau pulak kalau ada orang seronok gila bila ada ada orang pinjam barang dia hari-hari pastu siap tulis nama dia dekat barang kau. Ada ke? Wahaha. Perempuan ni suka pinjam tudung, pinjam skaf, pinjam gelang, pinjam baju, pinjam spende. Herm? Nak pinjam boleh, contoh ada event apa-apa takde tutund sesuai, kawan kau ada pulak kan. Tanak membazir, pinjam la jap. Ok la setakat pinjam kekejap. Tapi kalau harini pinjam tudung hijau, esok merah, lusa oren dan hari berikutnya semua pinjam memang mintak kaki. Memangla dia beli nak kasi sewa kat kau pun. KHAS.




Sekian 4 point. Sebenarnya banyak lagi point tapi maklumlah aku kan pesen cepat boring muahaha. nanti ite buat past 2 pulak k?!!! *jerit dalam dewan kosong* K.


Aku ada ramai kawan perempuan yang rapat. Kawan yang dari umur 4 tahun. Kawan sekolah rendah. Menengah. Kawan matrik. Twitter bebigels. Kawan ponteng dekat UTHM. And i do love them. Stay with your girlfriend. Sebab boyfriend akan tinggalkan kau. Even a husband pun ada kemungkinan untuk tinggalkan kau. So what's left? Le girlfriends. Quote lebih kurang begini dari Imanxoxoxo.


I want to share story of my life with my girlfriends. Dari tadika. Masuk sekolah rendah. Sekolah menengah. Draduate degree. Married. Having babies. Raising my childrens. Sesi usrah dan berpersatuan ibu-ibu mithali. Kongsi jenis ubat yang digunakan bila dah mula sakit. And till Jannah. Because it's worth. Really worth :)