Friday, March 9, 2012

Void

aku selalu rindu masa aku tak peduli dengan rasa di abaikan. aku rindu zaman rasa boleh dipersetankan. rasa pentingkan diri sendiri. rasa tak perlu peduli. 

makin dewasa, makin banyak perlu ditimbang tara. di tambah tolak. di kira semula. di fikir secara rasional.

nyatanya aku bosan dengan realiti hidup, makin bertambah usia, makin bertambah tanggungjawab, masalah (atau lebih baik kita panggil sebagai halangan dengan pelbagai pilihan jalan penyelesaian).

bila di tilik balik, di kaji balik, aku rasa aku memang manusia yang tak kenang dek untung. betul lah tu. merungut, mengeluh, kau rasa dengan semua ni mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik? akal pendek.

tak kisah lah realiti tak seindah mana. tapi sedar diri sikit dunia ni R&R je, jangan dikejar sangat. destinasi sebenar jauh lagi, atau mungkin dah makin hampir cuma aku taktau. bila-bila masa je boleh sampai.

aku benci bila aku tanya diri sendiri kenapa, jawapannya taktau. tapi aku memang taktau. taktau apa yang aku nak. apa yang aku risaukan. apa yang aku sedihkan. bosan dengan jawapan taktau. tolonglah, aku taktau apa yang aku taktau-kan tu.