Wednesday, March 28, 2012

Assignment Trip : Kelantan

Amaran : entri ini mungkin panjang kahkahkah macam ada orang nak baca je tulis pepanjang *tiup2 kuku*

Sebenarnya title assignment trip tu macam alasan no 2 je pegi Kelantan... Sebab lagi banyak jenjalan merayap tak tentu hala habiskan duit yang kekononnya macam tabung emas lepastu cocok punya cocok kad atm tetau dah tinggal 0sen T___T


Pergi sana atas tiket 'Assignment Trip for Hubungan Etnik subject' ahemsss. First time aku bebetul pegi lawatan sambil belajar (bayangkan aku gigih bawak penselbok beserta buku sambil menyalin tiap data ketika bejalan-jalan) cenggini kalau tak masa darjah 6 ayat cikgu nak bawak anak murid jenjalan jejauh habiskan duit mak bapak dengan surat 'Lawatan Sambil Belajar ke Langkawi' lepastu entah ape yang aku belajar dekat Langkawi tah aku kurang pasti nak kata pandai berenang merentas lautan pasifik tak jugak ok dah lain dah ni cerita. next.






So kitorang bertolak Rabu malam naik train. Padahal malam Rabu tu ada test fluids kot pastu tak stadi pastu Selasa malam dengan siang Rabu tu buat multi-tasking, stadi sambil kemas barang sambil online. Pempaham lah kalau multi tasking memang terer sangat kalau aku bejaya fokus dekat buku muehehehe harapan la harapan pastu tak dapat jawab fluid emo kenz.

Test 8-9.30 punyalah gigih bawak barang terus masa nak p test sebab tiket train jam 11.55 pastu sampai kat stesen Kluang, delay sejam (katanya) rupanya sampai pukul 2 pagi baru train muncul amboi ghase nak pukul. Selamat tak memarah sebab kitorang ramai kan (10 orang u kenow satu group semua pegi) pastu excited nak p trip tu membuak buak haruslah cool tunggu.











Duduk dalam train ni dekat 14 jam jugak la. dari pukul 2am bertolak, sampai 4.15pm. Tak kematu aku duk dalam train? Selamat selesa lepastu kitorang kan 10 orang so boleh buat memacam contohnya tangkap gmba tanpa halatuju dan memikirkan soalan untuk tempat dan kawasan yang kitorang nak kaji nanti. Pastu paling penting fikir nak beli apa je bila dah sampai sana .___.


Seperti yang anda lihat barang masa pegi tu takdelah banyak mana tapi banyak sebenarnya kalau nk dikira trip kitorang cuma 5 hari tolak duduk dlm train tinggal 3 hari je kat Kelantan tu gaya macam nak pindah sana terus.













Abaikan muka tak mandi paham tak muka selebet gila duk dlm train seharian pakai baju sama *kibas2 ketiak*


Pastu wey penat la cerita tengok jela gambar hahahaha



Sampai petang tu mandi2 pastu lepas maghrib keluar cari nasi kukussss. BESAR GILA WEY AYAM DIA


Habis makan, helllloooooooooo Pantai Cahaya Bulan a.k.a Pantai Cinta Berahi. Malangnya tesalah port takda pulak jumpa orang erm....takde papelah :B

 Taktau motif gmba ni dan sape tangkpa tah terajang kang






Paling beruntung dua orang nilah! Assignment trip, vacation, pastu p kawin kat Siam. Untunglaaaaaaaaa gelpren boypren satu kelas, satu group, boleh dating selaluuuuuuuuuwwwwuwuwuwu *diiringi tangisan jeles luarbiasa* eleh geli la za.




 Bomoh siam bak kata Ainee. Keji suruh aku tgkp gmba macam bomoh .__.

 Zai kuat dengki, Nadia menghalang kejelesan lalu tutup kaki aku eh ntah pape jalan cerita






Esoknya mulakan misi buat kerja, pegi cari Sleeping Buddha atau panggil Wat Photivihan yang panjangnya adalah 136 kaki (kalau tak salah) tinggi dia err 16 kaki? eh yeke sukati aku je lupa la lebih kurang cenggitu la -______-





  gambar Nik Aziz pun sami ni gantung fuhhhhhhhhhh






Ni macam sami baru masuk, nak belajar. Ala dia macam budak tahfiz masuk sekolah pondok kita la. Masa kitorang datang ni hari Jumaat pkl 11 camtu, so diorang tgh busy nak semayang. So tak dapat cakap lelebih dengan ketua sami kat sini sobs. Semayang Jumaat ke cane tak tanya pulak erm









ni orang awam, datang sembah nenek atok dia, kasi makan harta and blablabla...malas nak eksplain panjang k ceghita dia 



tahu tak dia siram cam air kopi lepas bakar2 angpau tu, sebab tanak kasi ahli neraka datang amek apa yang diorang cuba kasi dekat nenek atok/mak ayah diorang yg dah mati. 


Habis dekat area kuil ni, kitorang p cari rumah orang Melayu Siam nak tanya pasal cara hidup, budaya and so on. So we're heading to Uncle Chuai (ekceli ni bukan spelling betul dia, tapi sebut dia cenggini la herherher)

 gmbar wedding dia. hensem k masa muda ♥









Makan buah apetah masam gila orang terer macam aku pun tak mampu buat muka takde-pape-tak-masam-pun U_U
balik sempat singgah kat kuil yang lain. Patung duduk ni bibir dia diperbuat dari emas k fyi jangan memain. Agak-agak takdak duit p la tarah sesikit emas dekat bibir dia tu



sebenarnya aku dah tak larat. Kalau rajin ada part 2 muahahaha rasa macam tak. Rajin pulak kau nak baca .__. byezz