Saturday, February 25, 2012

Lunch talk : Jiran


Tadi masa makan tengahari, dekat meja makan ibu abah dengan aku. Tetengah makan tu tiba-tiba terdengar radio rosak baru on duk pung pang pung pang dekat belakang rumah. Faham maksud radio rosak? Yeheeee suara tempik gegak gempita dari jiran dari belakang rumah yang duk beleter dekat anak dia.


Ibu : Aik. Dah lama tak dengar, dah bebunyi balik?
Abah : *gelak*
Ibu : Dia tak perasan kot dia hidup bejiran...
Aku : ._________.



Rumah belakang rumah aku ni disewakan, so penghuninya bertukar-tukar. Tapi tiap kali yang pindah masuk situ mesti pesen kaki tempik, cerita kasi satu taman dengar =..= taktau la kot T&C nak sewa rumah tu salah satunya ; MESTILAH BERSUARA KUAT SEHINGGA MENGGANGGU JIRAN JIRAN YANG COMEL

Yang kaki beleter ni mak dia, yang aku perasan lah. Bila anak dia balik sekolah petang je....tudia enjin pun start. Suruh makan pun dia tempik. Suruh tukar baju pun tempik. Suruh mandi suruh kemas barang ah semua la. Dan kemudian keadaan kembali normal. Senyap aman kejap. Sampai anak dia balik dari sekolah petang pulak. Haaa pastu bunyi balik ya tuhan sabar jelah aku.

Kengkadang terniat jugak dalam hati aku masa dia duk tejerit-jerit bising tu, aku jerit je ' HOI BISINGLAH! ' tapi kang nampak gayanya aku sama jela tak bertamadun seperti makcik ni. Jadi aku batalkan niat terbabit.

Faham tak dia punya bising tu sampai aku duk bilik tingkat atas pun kalau dia mula beleter boleh terganggu tidur, nampak tak nampak tak punya loudspeaker suara dia? Aku tefikir, tak ke dia duk jejerit tu nanti kasi effect kat anak dia. Budak kecik kan, dia absorb apa dari parents dia ajar dekat rumah. Gittuwww. So tak elok untuk tumbesaran anak-anak ya ibu bapa sekalian.


Pastu jiran lagi satu abah cerita lagi kelakar. Gaduh dalam telepon. Maknanya dia otp, pastu gaduh. Muka aku masa abah cakap tu sehabis facepalm ah kan hahaha.


Abah was like, kalau abah takde nak gaduh dalam telepon nya. letak jela terus kan senang.


Contohla dia duk diri kat luar tengah on the phone, pastu gegaduh pung pang pung pang pastu bila tenampak abah dekat luar jugak tgh pandang, nanti dia masuk rumah. Sambung gaduh. Dah masuk rumah, tapi suara dengar sampai ke luar. Apakah -______-''


Kadang-kadang aku tak faham, kenapa wujudnya manusia begini. I mean memang la manusia pelbagai ragam, tapi tak segan ke orang dengar awak menempik sana sini. Jatuh saham yuols .__.



Ibu ; Nanti buat surat 'Sila kawal volume anda kerana anda bukan duduk di tengah hutan' pastu letak dalam peti surat dia.


Baiklah.