Saturday, December 24, 2011

Sakit

dalam banyak perkara aku paling taknak merungut sekali ialah bab belajar semestinya. jadi anggap ini sebagai sesi luahan perasaan macam dalam diari masa darjah 5 dulu. yang dipenuhi dengan cerita siapa nak kawan siapa tanak kawan pastu kena marah dengan ibu abah sebab buat perangai.


paling tanak, bila merungut tentang penat dan BANYAK NYE ESAIMEN APA DOSA AKU TERIMA HUKUMAN BEGINI ya haaa takmau takmau nanti tak berkat belajar tahu? niat belajar sepatutnya kerana? Allah. Faham? Walaupun hakikatnya kita semua dan aku sendiri niat nak dean list taknak pointer teruk taknak kena marah dengan ibuabah segan dengan kengkawan HA TU PASAL LA TAK BERKAT!



sila betulkan balik niat memasing.



*bebetulkan purdah*



herm. pastu emo-emo merungut sebab banyak sangat esaimen eleh kaki nak? tak penat tu bukan belajar lah namanya. manada belajar sentiasa begembira manada tak penat. pandai nasihat orang bila kena tang diri sendiri habis semua ciri-ciri isteri derhaka keluar pastu sempat lagi tu fikir pasal kawin kawin stress belajar pun takleh handle ada hati cakap pasal kawin.




mohon ramai yang terasa lelagi iman.





pastu tadi baru aku perasan perkara yang selama ini aku tak pernah perasan pun. dari pagi sampai maghrib tadi mood aku macam skndveikvfneirvoeifvef pastu sesikit nak marah. Danny kata engin senang pun aku nak marah padahal dia pun amik engin dia pun nak final haritu cam orang gila. pastu terasa macam Mah dah lupa kat aku takpun terasa ke apa ke pastu rasa bedosa dengan Mah Hilmi mirul tetiba. rumet tanya dua kali nak makan ke nak bungkus pun aku rasa nak mengamuk. pakai selipar nak turun cafe, pastu selipar tu macam basah aku cabut tetengah jalan pastu nak marah sebab selipar tu basah. pastu tunggu makanan pastu order air, air lambat pun aku rasa nk jerit kt muka org cafe tu. nampak tak kesaiko-an aku harini. semua benda tak kena. pastu eeeeeeeei KENAPA NI KENAPA. lepastu order sampai. naik bilik.






pastu makan. terus rasa nak marah semua hilang.







bila penat aku cepat nak marah. bila lapar aku cepat nak marah dan mula menunjukkan ciri-ciri perempuan saiko. sekian.