Tuesday, December 6, 2011

Betul/Salah. Kau?

Ekhem. mari tulis entri berilmiah sedikit. tipu dosa mati seksa masuk api neraka ayokkkkkk ok tak bukan berilmiah tapi tapi tapi...


cerita pasal siapa salah, siapa betul.

who's right and whos' wrong?









so i've met some people or can i call as friend? ok lah friendsss sebab herm ada la 2 3 orang yang aku consider diri sendiri sebagai lucky to met them. lucky lah, sebab aku belajar cemana nak face orang yang begini. so saya disini berdiri (sambil pegang bendera Malaysia) bukan untuk menyatakan saya adalah betul, ini hanyalah pandangan dan pendapat saya sahaja.......(titik banyak agar dapat memahami betapa seriusnya daku)







certain people, they thought that every problems came across their life is like 'ujian dari Tuhan...'. tak, aku tak nafikan pun itu ujian dari Tuhan. tapi bila perkara yang kau buat tu terang dan nyata salah sesalah salahnya tiada yang lebih salah dari segala yang besalah! *over*, kenap kau nak kata ini semua ujian dari tuhan? itu tahan lagi. kalau keluar, 'Kenapa aku diuji begini ya Tuhan?!' adalah sangat keji ok.


kau macam nak salahkan Tuhan pulak bila orang benci kau sebab perangai kau yang tak habis-habis tikam belakang orang. kau macam nak salahkan Tuhan pulak bila kau tak study lepastu tak dapat jawab exam. kau usaha sikit lepastu harap dapat banyak, puiii! *terasa*. kau macam nak tunding jari pada Tuhan pulak bila hidup kau susah padahal kau tiada sedikit usaha pun untuk menyenangkannya.







dan kau macam nak salahkan Tuhan pulak bila kau didatangi masalah/musibah bertimpa-timpa.







ada sesetengah perkara atau masalah yang aku rasa ia adalah remeh untuk kau 'Ya Tuhan berat sungguh masalah ini'. contohnya?


kau suka dekat sorang mamat ni. lepastu bercinta. lepastu mamat ni tetiba menjauhi kau hilang blablabla. lalu teluka lah hati kau umpama daging ditusuk sembilu, bagai pisau menikam hati, seperti pungguk kehilangan bulannya. ya aku tahu sakit. aku tahu. tapi jangan lah sampai kau gadaikan rasa kau, fikiran kau semata-mata untuk fikir perkara sedih tu. jangan anggap itu masalah yang sangat berat untuk kau pikul. its part of life okay?

we fall in love - madly in love - we hurt each other - we break - we cry - we left everythings behind.

apa yang kita mind set, itu yang akan mengawal tindak tanduk kita. bukan hati, remember?

rasa nak nangis, nangis. nangis kasi habis. lepas tu dah, new life. jangan dah new life kau still nak cari siapa salah dan siapa betul atas apa yang terjadi. ya mungkin kau betul, tapi ada kemungkinan jugak dia rasa dia betul kan? siapa nak mengaku salah. ada, tapi berapa ramai je. TELL ME?




oh another contoh.

bila kau dibenci. kau kata kau dibenci atas sebab orang itu yang bermasalah. orang itu yang menjadi punca. tapi kalau semua orang mula membenci kau sekali, kau rasa? percayalah, kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita ni mempunyai perangai yang super annoying. semua orang ada dark side dia, noted that. cuma kau sedar tak sedar, kau terima atau tidak itu adalah dark side kau, dan kau mengakuinya; yes or no?


dark side aku ialah aku kuat mencarut.

juga sarkastik sampai orang terasa.

selalu rasa diri sendiri betul padahal memang ternag jelas dan nyata gua salah.

juga kuat marah dan tend to memalukan orang yang aku marah tu depan orang ramai (sebab tengah marah).


serius, aku mengaku. mula-mula memanglah,

'Eh aku tengah marah memang aku macamtu sape suruh buat aku bengang!'

tapi bila fikir balik, eh dia pun ada maruah. siapa kau yang sibuk nak fikir marah kau sorang. behave boleh?



susah nak mengaku salah. aku mengaku, susah. tapi kena jugak. sampai bila kalau kau je betul. sampai bila kau rasa kau adalah mangsa keadaan. adakah Tuhan terlalu membenci kau sehingga bertimpa-timpa masalah kau. *sarcasm*



Oh tolonglah! (oh please adalah lebih epic). Oh please! kau yang terkejar mengejar berlari ke langit ke 7 mencari masalah tu. kau yang seru. kau yang jemput bukak pintu karpet merah siap hidang air lagi. jangan tunding jari. jangan belagak bidadari. jangan rasa diri sendiri suci sejak azali. jangan dan jangan.



takut nanti bila depan dacing Tuhan, bila hendak dihisab,  kau masih mengaku diri sendiri betul. dan kau bilang salah Tuhan kerana menciptakan kau dengan pelbagai masalah.