Monday, November 14, 2011

Cerita Bas #1

Tadi masa balik makan malam. Dalam bas. Bas kosong. Cuma ada aku dan rakan-rakan. So kami duduk sorang2. Bukan berdua. Aku duduk sorang. Depan aku ada sorang perempuan duduk. Entah, tak kenal. Sebaik sahaja duduk, ada panggilan masuk. Dia jawab.



" Aku dah tak guna nombor maxis tu. Haah. Oh aku tanak dia kacau dah, tu je. Kenapa? Takdelah dia kantoi dengan aku, ada perempuan lain. Dah 2 tahun kot kapel dengan budak tu. Entah. Sebab haritu aku letak gambar aku dengan Arin, lepastu pempuan tu cari aku, marah-marah. Kenapa nak letak gambar dengan boyfriend dia. Aku buang la gambar tu. Lepastu perempuan tu add aku dekat fb, guna gambar dia dengan Arin (nama lelaki tu lah, kot). Dia ada mesej aku, cakap dia sayang aku lagi. Oh tapi aku takde la buang terus maxis tu. Cuma kurang je. Banyak kot kredit dalam tu. 98...yelah. 98 ringgit lagi dalam tu. Aku guna maxis tu memang untuk dengan Arin je. So aku memang dah topup banyak prepare. Tapi dah jadi macamni..."






destinasi tiba. secara serius aku tak berusaha pun curi dengar apa perempuan tu cakap, tapi dia bercakap dengan nada biasa. atau nada kuat, mungkin. yang mampu buat aku duduk di belakangnya, di dalam bas yang kosong, dengar setiap butir perkataan keluar dari mulut dia secara jelas.








aku turun dari bas. dengan pelbagai perkara bermain di minda aku. dan aku tulis disini.