Saturday, November 5, 2011

Entah lah

Bunyi kipas, diteman secawan air yang berasap, kurangnya tidak. Malam ini sungguhlah, sungguh membawa seribu rasa yang aku sendiri tak boleh fizikal kan. Aku duduk di sebuah bilik yang aku fantasikan tiada graviti. Semuanya nampak ringan, nampak macam boleh ditelan. Berdiri di bumi yang katanya 'sebilah'. Segalanya tajam, nampak senang.

Betapa aku melihat kepelbagaian orang hidup dalam senang, aku tak pernah terfikir kerja di sebalik tabir mereka. Jika dikaitkan dengan filem, cuba kau tengok gelagat semasa the making. Semuanya serba kotor, ada saja yang tak kena. Wayar sana dan sini, orang mengetuk kepala tanda keluh dan semuanya.

Hasilnya?

Berdiri satu masterpiece yang nyata harganya melambung dari modal asal. Aku kaitkan dengan figure yang aku dan kau kagumkan. Betapa kecilnya usaha aku untuk menyahut seruan azan, aku jadi kaget. Betul.

Macam biasa, aku bukan siapa - siapa. Minta dijauh segala hina.

Tapi apa pun bila kita..eh salah blog haha hai Hati I miss you