Sunday, October 9, 2011

Dedulu Sekarang


dedulu masa kat matrik selalu apdet entri kata eee penatnya kelas 8am-4pm tiap hari nak buat tutor lagi extraclass malam lg program mentor menti lagi which is program untuk pelajar pemalas luar biasa untuk belajar sendiri *sambil tunjuk jari ke arah diri sendiri* hermmm.





merungut penat kemain macam dia sorang je duduk matrik lalu belajar sensorang padahal dia paling pemalas habis kelas pukul 4 je terus zazipzap sedia terdampar atas katil seperti dugong hilang mak. ya dugong, sebab badan pun naik berkilo-kilo akibat ber-rumet dengan kaki-makan-forever, 24 jam kebulur lalu saya yang tidak suka makan jadilah kebulur sama *alasan*.





tapi tapi tapiiiiii bila duduk UTHM which is baru sem satu baru sebulan kelas kekonon masa dapat jadual WUIYO BANYAKNYA MASA TERLUANG BOLEH TIDO TENGOK MOVIE PICIT JERAWAT DAN BERJALAN-JALAN KE BP MALL (ye kawan-kawan jgn gelakkan saya BP Mall ialah Batu Pahat Mall k sama taraf dengan MP, MetroPoint -.-), boleh kita berikan perumpamaan pelangi bukan selamanya cuma sementara tengok sekali lalu lawa lepastu poooff! its gone baby its gone.






hihihihihihi *gelak cuba senangkan hati sendiri*. isnin jadual pack sedunia 10am-7pm tanpa henti kecuali masa lunch, sampai lupa nak bernafas mujur tak menemui maut ketika dalam perjalanan antara kelas ke kelas. hari berikutnya tiap hari ada 1 je kelas, dimana minggu pertama balik sahaja terus bergomol dengan bantal dan online twitter memandangkan modem wifi asrama cuma di atas kepala haruslah berlagak seperti memasang unifi di bilik sendiri hakhakhak *riak*







tapi adik-adik.......




seperti yang saya kata minggu pertama sahaja seperti datang berbulan madu bersiar-siar ke Sabah seperti Padgie yang tetiap hari text aku semata nak beritahu dia pergi berjalan-jalan ke Sepilok untuk melihat orang utan namun tak jumpa pun, sedang buat esaimen iaitu esaimen menonton movie. sehingga aku mengesyaki dia menipu orang tuanya berkata pergi belajar ke UMS padahal pergi bercuti bersama teman-teman selama 4 tahun di bumi Borneo terbabit. baiklah ini bukan blog Padgie, next!





masuk minggu ke dua aku masih samar-samar tentang pelajaran. namun minggu ke-3 penentu segalanya dimana esaimen diberi penuh sorak gembira di hari raya dari setiap pensyarah. setiap subjek diberi group esaimen juga individual esaimen. kemudian diikuti kelas teater yg jadual sudah bertukar, 5-10pm setiap Rabu hakhakhak. aku mula la sudah terhantuk baru nak terngadah. harap anda tidak fail BM masa SPM supaya faham kaitan peribahasa ini dengan situasi daku sekarang.................ya takda kaitan.







jadi statement WUIYO BANYAKNYA MASA TERLUANG FREE YADA! YADAAA! MARI SEMUA KE BP MALL HIKHIKHIK boleh la convert secara permanently dengan BP MALL IS LAME PERGI SIAPKAN ESAIMEN BERSEPAK SANA SINI DAN STUDY UNTUK 3 TEST BERDERET PADA MINGGU DEPAN AZZA. harap tabah *kunyah laptop*






3 TEST WOI. haruslah next week setiap kali habis test terus menuju ke Klinik membuat pemeriksaan otak samada masih mampu berfikir atau tak. ini serius.






dengan ini saya menutup karangan penuh dedikasi ini dengan ucapan masa hadapan aku bukan terletak pada entri ini tetapi pada segala bagai esaimen kuiz test *bunuh diri* dan sesi membodek pensyarah............bodek tu apa.





nah hambik muka busuk. jangan mimpi ngeri malam ni.







p/s : BP Mall is the best. jalan tak sampai setengah jam kau rasa bilik di Tun Fatimah lebih menarik, lalu decide untuk menonton wayang (which only ada aku dan rumet aku, dan another 4-5 people dalam movie tu) kemudian pulang. Taylor Lautner hensem :B