Friday, August 5, 2011

Crush XX-XY


Greeting people. Ahem.




ada gaya Anonymous greet tak? ye tahu, jangan nak nafikan aku memang ada gaya hackers. ok boleh abaikan apa aku mencarut di atas.






bulan-bulan puasa ni eloklah kita bercerita tentang crush. agak-agak Padgie Lee Chong Wei baca tak blog ni? kenapa tanya Za. eh takda apa saja tanya semenjak dua menjak rindu dia pulak.




eh jap, siapa Padgie? hmm aku tak reti nak describe macam mana. dia perempuan. walaupun sebenarnya aku tak yakin dia perempuan atau lelaki. tapi sebab aku ni baik comel dan sentiasa husnuzaan, aku assume dia perempuan...pondan?




pernah dengar Twitter-crush tak? Facebook-crush? KTM-crush? oh i mean bukan keretapi berlanggar. itu kita panggil accident. tak tahu maksud accident boleh translate di sini. KTM-crush ni tend to be more sweet tau.




bayangkan dalam keadaan berhimpit-himpit pada jam 5 petang, lepas penat lepak di Pavilion-KLCC cuci mata tengok abang-abang KPOP, korang balik naik KTM. masatu sah-sah la kan sebagai budak yang urban, emosi tengok keadaan sesak. nak naik train pun kena gigih menyelit. nak memilih sangat pun tak boleh. and all of sudden, kau menyelit tu, di antara mamat-mamat kacak. muka macam macho gila redup mata macam yayang kita.





confirm masatu korang rela train sesak hingga ke Rawang kan? eleh tipu la kalau tanak. lagi-lagi yang jenis pantang nampak lelaki hensem. *terasa*





tapi tu kalau pandang side muka. perempuan ni senang crush tahu? kalau naik train dalam keadaan sesak, ada lelaki muka biasa-biasa takda tarikan, tengah duduk kat sit train tu. sebelah dia, mamat hensem/cute/kpop yang kau tak mampu melepaskan pandangan mata semenjak kau masuk train. tiba-tiba ada ibu mengandung masuk, lelaki yg muka biasa-biasa tu bangun and bagi sit dia dekat ibu mengandung tadi. dan lelaki hensem hangat luarbiasa tadi, cuma pandang. kau tahu tak mata akan melekat sampai lah lelaki biasa yang telah bertukar menjadi hot(sebab bagi sit dekat makcik tadi) tu, turun train. nampak tak?






ok beralih ke-arah Twitter-crush pulak. sebenarnya tak cool okay? yelah ala Twitter kan you know, sama je macam Facebook. its nothing! *bercakap dalam nada jeles 5400 tera-byte*







nah. bila cerita pasal crush, tak kisah apa jugak cara kau crush dengan lelaki/perempuan tu, its gonna be sweet. dan mampu membuat orang sekeliling pening ataupun jeles sebab manis sangat. eheh. dan ia memang manis dan sedap...















sebenarnya aku takda point pun. saja bazir masa korang. harap korang rasa menyesal sekarang. dan aku harap korang baca entri ni sebelum waktu buka (^,^)v