Tuesday, August 9, 2011

#Put the blame on.


Masa sentiasa mendahului kita dalam semua perkara.
Kau kejar, lelah menjadi sebahagian hidup kau.
Penat? Berbaloi.
Putus asa? Bodoh.

Lari, kejar.
Pencapaian terbaik, kau bersaing dengannya di garisan penamat.
Tak kurang.
Tak lebih.
Seri. Seiring.
Sama-sama juara.

Kalau di tempat ke-2 kau masih stabil.
Di tempat ke-3 kau cukup makan.
Kau tertinggal jauh di belakang?
Maaf, jarak bukan penyebabnya.
Satu jari kau tunding, empat jari ke arah sendiri.

Masa sentiasa mencemburui kita.
Pesanan orang tua?
Itulah, kau degil.
Masa umpama bilah pedang.
Lawan atau mati dicincang.
Cincang lapan belas.
Hingga ke cebisan terakhir.
dan engkau mati sia-sia.

Jarak bukan alasan utama.
Masa bukan induknya.

Pandang diri sendiri.
Fikir hati-hati.





p/s ; aku takut hilang dia. betul.