Tuesday, June 7, 2011

Kerja

secara officially, da 2 minggu aku kerja dekat ____. sorry rahsia kerajaan. uuuuuuuu. kite ni office girl sekarang *angkatkening*





ada 14 orang dengan 4 orang lelaki dan 10 orang perempuan disini terbukti perempuan mmg makhluk paling ramai di dunia ini, tolak binatang. adakah manusia termasuk dalam golongan binatang? ya, itu yang kita ingin tahu disini.






disebabkan NAPIC ni seluruh Malaysia tgh sibuk log in setiap hari dari jam 8pg - 5 ptg, maka haruslah server down berlaku. server down ini mapu meninsenkan para pekerja berhemah seperti aku. sebab nnt bos marah yele kerja tak siap2. salahkan serverrrrr!






purata server down untuk masuk ke web NAPIC dan kerja tergendala ialah 5 jam daripada 9 jam masa kerja. tolak 1 jam masa lunch dan 30 minit masa sarapan pagi. jadi waktu bekerja ehem.









antara aktiviti yang dijalankan untuk masa terluang ialah :

  • bermain bingo menggunakan buku yang sepatutnya ditulis tentang laporan harian perkembangan key in data.
  • bermain soltaire.
  • bermain angry bird.
  • bermain spider soltaire.
  • menonton movie (ya ini bukan aku)
  • mendengar lagu korea dari PC Izat. aku syak dia ni makhluk halus sebab dia lelaki dan minat korea dan dan. ok abaikan kewujudan dia.
  • saling membahan. disini ya, sila jangan tersalah cakap kerana kemungkinan untuk dibahan adalah sepanjang hidup.
  • tidur sementara menunggu data loading homaigod data loading setiap kali adalah 5 minit untuk satu data. bayangkan ada 192 data kena key in? berbaloi-baloi.
  • aku paling muda disini lain semua tua-tua. hiks. ok taklah tua tp lingkungan 20-25.
  • berbincang tentang cara memilih bakal suami.
  • berbincang bagaimana Shahir boleh dapat Rozita homaigod.

















sekian sahaja. aku harap bos tak pernah tahu apakah itu blog dan fb. sekian.