Monday, February 21, 2011

Threshold of liberation

tiba tiba dalam minggu ni masing-masing senyap. sibuk dengan dunia sendiri. dunia yang tidak memerlukan teknologi. cuma komunikasi secara muka ke muka. atau, tingkat ke tingkat. dengan menaikkan frekuensi untuk memastikan wavelength sampai ke matlamatnya, yang duduk di tingkat lain.




minggu ni juga sesak sesak duit. aku benci duit. boleh mengakibatkan perang dengan jiwa sendiri, tahu? telefon berbaki 40sen. 3 minggu tak ditambah nilai. cool kan takda boyfreng? tapi aku suka juga duit, semua pun boleh. tapi duit, ah setan. pegi mati lah.




kita lupa, dengan apa yang kita ada. kau cuma perlu duduk, belajar. oh dan berjimat sedikit, kalau taknak bodoh makan megie hari hari. dari 2 bungkus tinggal 3 pek sahaja. padahal dulu, entah sebulan sekali belum tentu aku sentuh. kan tu, mula la rindu tempat segala kesenangan, yang tanpa duit pun masih mampu makan. kan Kajang? :(





berlawan dengan perasaan sendiri, 

rindu rumah, oh tak tak kau okay je disini kan za?

rindu ibu. oh tak tak rindu boleh call bila bila masa.

rindu nak pelukcium ibu. oh tak tak nnt balik pelukcium lah ibu puas puas.

rindu momo. oh tak tak sini kan banyak kucing, hari2 makan kau boleh tengok mereka.

rindu Rafiqi. oh tak tak, gambar kan ada. tatap lah puas puas.

rindu Rahmah. oh tak tak telefon kan ada. msj telefon.







846349382236542873 kali ulang, OH TAK TAK. 

masalahnya, aku rindu bilik aku boleh tk bawak mai sini? 

aku rindu ibu, dalam telefon boleh ke pelukcium ibu? 

rindu Rafiqi, masalahnya gambar dia tu hidup kah supaya aku dapat acah acah dengan dia? 

rindu Momo, masalahnya sama dengan peluk dan tidur dengan Momo bila bosan?

rindu Rahmah, masalahnya dapat ke bergelak tawa menganjing cecita cecita semua masalah?











OH TAK TAK. lagi dua bulan je Za. 2 bulan. lepastu kau jadi tugu liberty di rumah. sambil merungut rungut, BOSAN. eh tugu liberty tu boleh bercakap ke haa?









p/s : ibu Nana nak balik minggu ni boleh? minggu depan ke? please. pleasee :'(