Saturday, February 26, 2011

Selepas 2 tahun berlalu

kau tau ayah dia tabligh?


apa gila? perangai separuh setan. entah berapa byk perempuan dah lobos.


aku serius. boyfriend aku kan tabligh ayahnya. dia jumpa haritu, masa pergi tabligh.


sumpah? sebab tu aku benci tabligh. pergi berdakwah, anak kat rumah macam setan.



*  *  *


kelas Matematik. kebiasaan, Puan Puff masuk pintu depan, aku dan gong, teman sehidup semati laju laju seludup keluar dari pintu belakang. kena pulak, tempat duduk paling strategik, betul-betul tepi pintu. destinasi feveret, tempat setan menganjing. 




aku pun tak tau apa keistimewaan tempat itu bagi gong. aku cuma, turuti. 






habis kerja, kami bersetuju, tanpa disedari, tawaf dahulu satu sekolah. sebelum menimba ilmu. lagi 2 minggu hari tanah melayu dibebaskan, sambutan biasa yang tipikal, Merdeka. padahal pemikiran masing-masing masih terjajah, dan sengaja, dijajahkan. 







bendera bergayutan sana sini. aku berdiri di koridor. membelek tali yang diikat di tiang koridor. eh apa ikat tali macam untuk selamanya ni?








'Gong, kau tgk tali ni. bapak dia, kuat nak mati ikat'



senyap. tiada respon.




'Haah. apsal ikat macam ni. susah nak bukak kan kan?'



suara lelaki. aku toleh muka ke kiri. muka dari bidadari, terus bertukar kepada, lahanat. aku tarik muka lapanbelas. dan aku lihat gong sudah di hadapan sana, gelak gelak. celaka punya kawan.





aku buka langkah. dan mamat tu terkebil, kejap. 




aku menyampah dengan si setan tu.






*  *  *


macam biasa, berdiri depan tangga. ya tunggu buah hati pengarang jantung, keluar dari tempat setan bertenggek. perkara wajib agaknya si gong ke tandas tiap hari selepas berhimpun. gong keluar, kami masih berdiri di hadapan tangga.






tiba tiba,






mamat tu muncul, dengan muka kelam kabut. aku dan gong pandang, bawah ke atas. atas ke bawah. dan mata tertancap sebentar pada kasut sarungnya, 1 saat. kami berpandangan sesama sendiri.






'Apa pandang pandang? nak ke kasut ni? nah!' dan tangannya sudah memegang kasutnya, kaki secara langsung memijak lantai tanpa alas.


aku dan gong, mcm biasa. tarik muka. pandang dia seperti tiang. tanpa sebarang suara, kami blah. sambil berbisik-bisik.




mamat ni saiko! tak faham aku.




*  *  *


rehat. aku, gong dan lagi 2 orang gundik, warga kedai kopi tiap hari di koridor aras bawah sekolah. sedap menikmati, lunch, breakfast? entah yang pada jam 10.30 pagi, dan juga menikmati dosa dunia, gosip tentang perempuan-mana-dah-lobos-sekolah-ni, mamat tu muncul lagi.



dan dia buat perangai yang seperti biasa, jerk, pada aku dan gong. aku lupa apa jalan ceritanya yang ini. kami tarik muka, paling hodoh sekali. yang pasti pada akhirnya dia kata,



'Alah, nak make a friends pun tak boleh,' kemudian berjalan pergi.




fedap dengan aku dan gong.




*  *  *


dan sekarang, si setan yang aku suka panggil setan setan setan itu, sudah berubah. jauh. sangat jauh dari setannya dahulu. yang buat aku dan gong kagum. teramat. dan menghimpit aku menjadi malu sendiri, perasan diri baik. menjengkelkan.




*  *  *


manusia boleh berubah, dengan izin-Nya. cuma ia, bergantung pada kau, sama ada kau pura-pura menggunakan alasan, aku masih tak dapat hidayah, atau kau berlari mencari hidayah. untuk sesuatu, kau harus berusaha, bukan tunggu datang bergolek. cuma 2 pilihan.