Tuesday, February 15, 2011

Febuari yang separa

trikk trikk. lampu kalimantang mengeluarkan bunyi. separa malap kemudian terang kembali. mungkin sudah mula menunjukkan usianya.


aku tikam hati sendiri. tikam diam diam. tanpa bunyi. yang pada akhirnya semua pandang ke satu susuk, yang mati hatinya. dengan jasad masih bernyawa. tersengih, bukan apa apa. tikam lagi, tikam. sampai lunyai lalu tanam di pinggir hidup. kambuskan sedalam mungkin. tunggu, mungkin akan tumbuh sesuatu dari benih hati tadi. tapi bila?



bila tiba masanya.



ada ketika, kau cuba menjadi kontra dari segala yang pro disekeliling kau. bukan manusia tipikal. tapi kau belum cukup garam, hanya lebih gula akibat makanan tidak seimbang harian kau. percubaan menjadi kurus? FAIL 24/7. haih. maaf lari topik 7 saat.



kau (baca sebagai kita) cuba bersikap optimis. segala bentuk. cuba bersikap positif dalam segala perspektif. tapi kau sedar tak, kadang ia terpesong jauh, yang padahalnya kau cuma cuba bersikap terbuka. pada penutupnya, aku akan termenung sambil berfikir, kenapa terlalu banyak konflik? kenapa dunia bukan semudah ABC.




semudah ABC? ABC mudah? heh. kau tahu ABC itu sangat sukar ketika kau baru jejakkan ke alam tadika? betapa kau gigih, dan dimarahi, kerana tidak dapat membezakan M @ N? tiap hari kau ulang a-b-c-d-e...j-k-l-M-M-o-p-q-r. mana pergi N? kau tersebut dua kali. yang kau rasa sama saja walhal berbeza. ya sukar bukan ABC? suatu ketika dulu. yang aku lihat ketika kerja 2 bulan, sebagai seorang guru tadika. ketika waktu senggang selepas SPM. dan aku lihat dari kaca seorang guru, yang penat dan sabar mengulang benda yang sama. aku dah rasa, walau hanya untuk 2 bulan :>






tersasar jauh lagi -__-' oh tkda apa pun, cuma bak kata NAS, kadang kadang kita kena guna cara ini untuk beritahu orang lain. aku tambah, dan diri sendiri. mula buat kerja lah, Cik Diri Sendiri.