Tuesday, January 18, 2011

Left

2 hari di ceruk hutan. macam tak biasa kan? oh biasa biasa. cuma kali ni ceruk yang bertamadun sikit. ada tv 24/7 ada.. adaa.. air panas peti sejuk dan lain2 yg boleh didapati bila2 masa. ok lah tu.




Rembau.




well masuk je kawasan sekolah dimana abang aku bermastautin, aku rindu zaman asrama dahulu kala. ye zaman bertudung labuh. tingkatan 1 - 3. zaman ada waktunya, kau-wajib-study-kalau-taknak-study-takpe-tapi-wajib-turun-bilik-prep. orang lain sibuk menambah ilmu didada, menambah ingatan di minda, aku pula berkira2 apa patut dilakukan dalam suasana tegang untuk tahun menghadapi PMR, oh dan akhirnya aku daratkan kepala di atas meja kayu yang kukuh, dan mendayung mimpi. sebab tu result PMR aku NAMPAK-SANGAT-KAU-GIGIH-BELAJAR!













bila renung balik zaman sekolah, nah. menyesal sekarang sebab dulu kala kau sibuk merungut, 'haih bila la nak cuti ni.' 'hai malas betul pergi sekolah' haihh itu. haihh ini. manusia kan. dah jadi baru nak sesal. manusia kan. semua sama je. bodoh.











aku sedang on Fb dan Skype sambil menonton drama di alam maya ini. tanpa bersuara. 2 hari aku diam. dan hari ni boleh bersuara pun, masih diam. entah. kadang aku rasa menutup akaun pun bagus. 






tapi fikir kali ke 2, nak buat apa bila dah deactive? kalau tak deactive at least, ada juga perkara bosan yang hendak dilakukan. sebosan mana pun, buka juga laman sosial itu, tatap muka pembimbing hingga cair sisinya. kemudian berjalan membaca blog yang diyakini paling mengisi masa aku. 






aku yakin dari 15 jam berhadap dengan benda berteknologi tinggi ini, 14 jam untuk blog dan melayari perkara yang boleh dibaca. dan ditonton. another 1 hour untuk Fb. itupun kalau ada org mahu berbual dgn aku, kalau tidak, aku duduk diam2 hadap binatang canggih ini, layan diri sendiri. sedih kan.












dan tadi, kawan sekolah tiba tiba tegur di Skype, PEREMPUAN. bukan makhluk asing bernama jantan. jantan? oh bukan binatang juak. tiba tiba terbuka topik,









P : kau kat sana mesti ada teman lelaki kan? (aku rasa nk muntah penggunaan teman lelaki ini oleh aku)
Aku : nahhhhhh. aku disana gadis2. tak bercakap dgn lelaki pun.
P : serius? aku nak gelak guling2 kau tkda kawan laki do. hahahaha!
Aku : entah. memang aku takda pun. aku taktau asal.
P : tp budak lelaki ________ annoying kan?
Aku : agak aahh. aku rindu sekolah :(














nampak? sebenarnya ramai kawan sekolah aku, oh kawan lama aku, pertikaikan status aku kini. kau bukan lg ramai kawan laki kah? kau bukan lebih senang lepak dengan lelaki kah? kau bukan blablabla. aku mengaku memang, itu benda fakta. sedari sekolah aku lebih ramai kawan baik lelaki berbanding perempuan. aku perempuan spesies bergurau kasar. kasar gile! dan biasanya gadis-gadis-sunti-dan-ayu tak boleh bergurau dengan aku. esok lusa mahu dia mengadu pada kaunselor bilang aku perempuan tiada adab. heh.












entah kenapa masuk je kolej aku jadi pasif. sedikit. mungkin akibat suasana disitu. lelakinya semua belajar sentiasa, majoritinya lah kan. kalau di sekolah dulu, semua kwn kelas aku, lelaki, pergi jahanam. pemalas nauzubillah. dan mereka treat aku, sama seperti mereka treat kawan lelaki yang lain. sampai aku kadang terkeliru, apa jantina aku yang asli? -______-




















bukan kolej menjadi punca aku memilih untuk menjadi gadis-gadis sunti, tapi aku sendiri. mereka (lelaki) disini tidak annoying pun, tapi lebih kepada, matang semacam. err? dan mungkin faktor utamanya, aku tersangkut diantara masa. masa antara zaman persekolahan tingkatan 5 dan selepasnya. kemudian terhenti sebelum masa masuk ke kolej. *diam* 












otak aku semacam tak boleh menerima yang, zaman sekolah dan kolej sudah berbeza. manusianya juga. aku rindu sekolah itu. walaupun sekarang sudah separuhnya dikellilingi tembok batu yang hadapannya dicat separuh bewarna oren. walaupun sekarang sudah terdapat bumbung di padang dan gua taktau apa tujuan bumbung diletakkan dipadang damn! dan aku teringin bertemu dengan CURRENTLY CONTRACTOR sekolah SMKSI. dumb ass, hilang selera aku merindui sekolah berlatarbelakangkan kesederhanaan sekolah itu. 


















bughokk tahu.